Malaysia Oversight

Malaysia dan Korea Selatan Perluas Kerjasama Industri Pertahanan Termasuk Pembangunan Senjata

By Amanz in October 30, 2025 – Reading time 1 minute
Malaysia dan Korea Selatan Perluas Kerjasama Industri Pertahanan Termasuk Pembangunan Senjata


Malaysia dan Korea Selatan Perluas Kerjasama Industri Pertahanan Termasuk Pembangunan Senjata

October 30, 2025
Aeronautik
Lain-lain

Effi Saharudin

Malaysia dan Korea Selatan telah memperluaskan kerjasama industri pertahanan dengan fokus diberikan bukan sahaja perolehan senjata tetapi turut merangkumi pembangunan teknologi pertahanan, pengeluaran bersama peralatan ketenteraan dan penyelidikan serta pembangunan jangka panjang.

KAI FA 50 Fighthing Eagle

Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur dengan ia ditandatangan Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamed Khaled Nordin dan Menteri DAPA Korea Selatan, Seok Jong-gun.

Malaysia pernah sebelum ini menandatangani kerjasama dengan Korea Selatan dalam pembelian kenderaan berperisai pembawa infantri K200 pada tahun 1993 dan kemudiannya pembelian 18 pesawat tempur ringan KAI FA-50 Fighting Eagle pada tahun 2023 untuk Tentera Udara Diraja Malaysia.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link