Malaysia Oversight

Malaysia catat jumlah perdagangan RM3 trilion pada 2025

By MkiniBM in January 20, 2026 – Reading time 2 minute
Malaysia catat jumlah perdagangan RM3 trilion pada 2025


PARLIMEN l Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan mengumumkan jumlah perdagangan Malaysia bagi tahun 2025 yang tertinggi dalam sejarah hari ini, sekali gus mencatatkan satu lagi pencapaian penting ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim berkata pengumuman itu akan dibuat oleh agensi tersebut pada tengah hari ini, melibatkan jumlah perdagangan Malaysia yang mencecah paras tertinggi sebanyak RM3 trilion.

5173ae8d8f70be5f90b9777130cf255f

“Angka itu akan diumumkan secara terperinci dengan jumlah perdagangan untuk tahun 2025 mencecah paras tertinggi dalam sejarah.

“Oleh sebab itu, saya rumuskan perlunya penjelasan dasar, disiplin dan tatakelola yang baik selain meneroka pasaran baharu,” kata beliau pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Hasni Mohammad (-Simpang Renggam) mengenai langkah untuk menangani ketegangan pasaran perdagangan global.

Beliau berkata pencapaian perdagangan tersebut dicapai walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global dan perubahan dasar kuasa besar yang memberi kesan langsung terhadap perdagangan antarabangsa.

5690d0136b908a5ecaa0a32edf58351e

“Satu kenyataan yang perlu diberikan perhatian kerana kedudukan dan perubahan geopolitik, beberapa dasar kuasa besar yang tidak menentu termasuk Amerika Syarikat (AS) sama ada berkaitan tarif atau keputusan lain melibatkan negara-negara seperti Eropah, isu Greenland dan Venezuela yang menjejaskan banyak urusan perdagangan antarabangsa,” kata beliau.

Sehubungan itu, berkata mengambil pendekatan dengan meneroka bidang dan pasaran baharu termasuk teknologi baharu selain mengekalkan hubungan dengan rakan perdagangan tradisional.

“Selain rakan perdagangan kekal yang lama seperti AS, Eropah dan , kita juga telah berjaya menerobos ke rantau dan kawasan baharu untuk meningkatkan pasaran dan perdagangan,” kata beliau.

berkata dalam tempoh sembilan bulan pertama 2025, pelaburan diluluskan mencecah RM285.2 bilion, meningkat 13.2 peratus berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata jumlah pelaburan diluluskan itu merupakan antara yang tertinggi dalam sejarah selepas negara mencatatkan RM329.5 bilion pada 2023 dan RM384.4 bilion pada 2024.

Katanya prestasi ekonomi negara pada 2025 terus menunjukkan kekuatan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan 4.9 peratus, mengatasi unjuran rasmi antara 4.0 dan 4.8 peratus.

fd0b90e177c235e28422e72b2fb11c24

Beliau berkata ringgit turut mencatatkan prestasi terbaik dalam tempoh lima tahun dengan pengukuhan 4.05 peratus berbanding dolar AS manakala indeks Bursa Malaysia meningkat sehingga 1,700 mata, tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Anwar berkata kadar pengangguran pada November 2025 menurun kepada 2.9 peratus, merupakan paras terendah dalam tempoh 11 tahun.

Perdana Menteri berkata bersedia untuk melaksanakan pembaharuan dasar yang mencabar dan membina keyakinan pelabur termasuk Akta Kewangan dan Tanggungjawab Fiskal sehingga defisit fiskal menurun daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 3.8 peratus pada 2025.

– Bernama



Source link