KUALA LUMPUR: Penggantungan sementara Perjanjian Damai Thailand–Kemboja bukan berpunca daripada peranan Malaysia sebagai pengantara dalam membantu memuktamadkan rundingan berkenaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjanjian damai itu dibuat melalui saluran rundingan rasmi antara kerajaan, bukannya melibatkan individu tertentu seperti yang didakwa oleh pihak luar. “Dalam Malaysia pun ada yang tidak bersetuju berhubung Perjanjian Damai Thailand dan Kemboja, begitu juga di Thailand. Tetapi saya berunding dengan Perdana Menteri dan…






