Malaysia Oversight

Malaysia, Brunei perkukuh kerjasama bidang strategik

By MkiniBM in August 28, 2025 – Reading time 2 minute
Malaysia, Brunei perkukuh kerjasama bidang strategik


Malaysia dan Brunei setuju perkukuhkan lagi kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang strategik menerusi Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei (ALC) ke-26 semalam.

Menteri Komunikasi Fadzil berkata kerjasama tersebut merangkumi perdagangan, pelaburan, tenaga, maritim, pendidikan, pertanian serta keterjaminan makanan.

“Malaysia turut menyambut baik langkah penambahan penerbangan oleh Royal Brunei Airlines ke Sabah, di samping pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATO) di Bandar Seri Begawan yang diyakini mampu merancakkan hubungan dua hala,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

ALC merupakan mekanisme dua hala tertinggi di antara Malaysia dan Brunei yang berfungsi sebagai platform bagi pemimpin kedua-dua negara menilai kemajuan kerjasama sedia ada, membincangkan isu semasa dan bertukar-tukar pandangan mengenai hal-hal serantau serta antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

ACL ke-26 berlangsung di antara Perdana Menteri Ibrahim dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di semalam.

Selain itu, menyatakan rasa syukur kerana diberikan penghormatan selaku menteri pengiring kepada Sultan Hassanal Bolkiah sepanjang lawatan negara baginda ke Malaysia selama tiga hari yang berakhir semalam.

“Semoga hubungan istimewa Malaysia-Brunei terus diperkasakan berlandaskan ukhuwah, kerjasama strategik serta aspirasi bersama, demi kestabilan dan kesejahteraan serantau,” katanya.

Sultan Brunei tiba di Malaysia pada Isnin lalu untuk lawatan negara atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Baginda bersama delegasi termasuk Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah, menteri-menteri kabinet serta pegawai kanan Brunei berlepas pulang dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang di sini pada jam 3.05 petang semalam.

Pada 2024, Brunei merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam Asean dengan jumlah bernilai RM7.53 bilion (AS$1.77 bilion).

Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini pula, jumlah dagangan Malaysia-Brunei mencecah AS$690 juta (RM3.02 bilion), dengan eksport berjumlah AS$500 juta (RM2.18 bilion) dan import AS$190 juta (RM840 juta).

Bernama



Source link