Malaysia Airlines Perkenal Kru Kabin Digital Dikuasakan AI, MAYA
Aman
Malaysia Airlines kini hadir dengan penawaran kru kabin dikuasakan kecerdasan buatan, dinamakan sebagai Maya. Melaluinya, ia berfungsi sebagai seorang kru kabin, dan membantu menjawab sejumlah pertanyaan dalam penerbangan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah integrasi menyeluruh dalam penerbangan akan dilaksanakan. Melalui demo yang dipertontonkan, Maya boleh menjawab dalam bahasa Inggeris, tetapi memahmi persoalan yang diajukan dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Ia masih pada peringkat awal, dan dilihat akan terus ditambah-baik dari hari ke hari, apatah lagi dengan penggunaan kecerdasan buatan, ia akan boleh mempelajari daripada pelbagai pertanyaan pengguna.
Malaysia Airlines dilihat menjadi antara yang terawal dalam memperkenalkan kru kabin digital dikuasakan kecerdasan buatan ini. Tidak mustahil juga kita melihat pelbagai variasi watak kru kabin digital berbeza ditawarkan pada masa akan datang.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.