PUTRAJAYA: Komponen utama dalam penghasilan makanan haiwan kini dikecualikan daripada Cukai Jalan atau pada kadar sifar sebagai langkah memastikan kestabilan harga barangan makanan asas seperti ayam, telur dan daging, makanan haiwan serta kacang soya mentah.
Ketika mengumumkannya hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) berkata keputusan itu juga dibuat berdasarkan maklum balas industri bahawa kacang soya merupakan input utama dalam penghasilan makanan haiwan.
MOF mengambil maklum laporan media berhubung pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap bahan mentah makanan haiwan.
Bagi bahan mentah lain yang turut digunakan dalam formulasi makanan haiwan, isu itu sedang diteliti secara menyeluruh, termasuk melalui sesi libat urus dan semakan teknikal bersama pihak berkepentingan.
Menurut MOF, Kerajaan MADANI kekal tekad untuk memastikan dasar percukaian yang lebih adil, mampan dan menyokong daya saing sektor penternakan negara. – Bernama