Malaysia Oversight

Mak nyah pertama diheret ke mahkamah kerana tukar jantina

By MkiniBM in February 4, 2026 – Reading time 4 minute
Mak nyah pertama diheret ke mahkamah kerana tukar jantina


merekodkan pendakwaan pertama melibatkan kesalahan mengubah jantina bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019, sejak undang-undang itu diwartakan pada 2020.

Pendakwaan kes pertama itu berlangsung di Mahkamah Syariah , di Kota Bharu, pertengahan bulan lalu, melibatkan seorang individu disyaki transgender.

Menurut sumber, pihak Jabatan Agama Hal Ehwal Agama (Jaheaik) menahan individu itu dalam kejadian awal tahun ini.

Katanya, penahanan itu dibuat dalam satu operasi ke atas acara melibatkan sekumpulan transgender.

“Susulan itu satu pendakwaan dibuat ke atas suspek yang di Mahkamah Syariah Kelantan, baru-baru ini atas dakwaan melakukan pengubahan jantina.

“Difahamkan kes masih di peringkat pengurusan selepas tertuduh mengaku tidak bersalah atas pendakwaan terhadapnya,” kata sumber yang enggan didedahkan identitinya kepada Malaysiakini.

64801ae4293fea6d57b34ed9e1b5faca

Sumber berkenaan turut memaklumkan, pendakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 18 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019, berkaitan kesalahan mengubah jantina sendiri atau orang lain.

Menurut warta enakmen tersebut, jika sabit kesalahan ia boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahu atau kedua-duanya.

Transgender itu ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas.

Tak boleh dedah – exco

Dalam perkembangan itu, Exco Pembangunan , Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata pihaknya tidak boleh mendedahkan perincian kes berkenaan secara terbuka.

“Saya tiada maklumat lengkap dan ada isu tidak boleh dibuat pendedahan terbuka. Dalam hal ini saya kena jaga semua pihak yang sedang diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

67505adf317642fdd730dc5a6c47c247
Mohd Asri Mat Daud

Kes itu tidak diuar-uarkan kepada umum, selari dengan pendekatan Kelantan yang jarang menguar-uarkan kes berkaitan kesalahan syariah.

Sementara itu pengasas bersama Justice For Sisters, Thilaga Sulathireh, yang memantau rapat kes berkenaan menegaskan undang-undang menjenayahkan pengubahan jantina memberi kesan negatif yang signifikan kepada individu transgender untuk menzahirkan identiti mereka.

“Undang-undang sebegini membuka lebih ruang gangguan seksual dan pencabulan privasi, integriti personal, dan autonomi terhadap tubuh badan masing-masing,” katanya ketika dihubungi.

fe4dd1a3497781b3d8c43c7d81566d96

Kegusaran dalam kalangan LGBT

Laporan mengenai pendakwaan seorang individu transgender lelaki yang disyaki mengubah jantina itu dilihat memberi kegusaran yang meluas kepada golongan tersebut.

Dalam konteks negeri Kelantan yang terkenal dengan julukan ‘serambi Mekah’ itu – isu-isu berkaitan golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender, Kuira (LGBTQ+) bersifat tabu dan begitu sensitif dengan masyarakat setempat.

Bahkan bagi umat di Malaysia secara khususnya, Fatwa Kebangsaan pada April 1982 memutuskan hukum mengubah jantina menurut syarak adalah haram.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menjelaskan bahawa jika seseorang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki manakala seseorang yang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun (lelaki atau perempuan itu) berjaya menukarkan jantinanya melalui pembedahan.

Terdahulu telah menyatakan hasrat untuk memperketat undang-undang bagi mencegah penukaran jantina di negara ini.

18b1e0f87dc7750bbfe3efd2b497b04a
Ahmad Marzuk Shaary

Pada 2021, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary dilaporkan berkata, kes tukar jantina perlu dijadikan kesalahan khusus dalam undang-undang jenayah syariah.

“Ada dua perkara yang saya akan pastikan ia dimasukkan dalam pertimbangan untuk pindaan.

“Pertama, tukar jantina perlu dijadikan kesalahan khusus dalam Undang-undang Jenayah Syariah.

“Kedua, kandungan media sosial berkaitan dengan semua perlakuan bertentangan dengan jantina iaitu yang tidak senonoh, lucah dan jelik juga perlu dijadikan salah satu jenis kesalahan syariah yang dilakukan secara dalam talian,” katanya.

Bagaimanapun, aktivis dan golongan LGBTQ kebanyakannya berpegang pada prinsip hak asasi manusia, kebebasan ekspresi, pemikiran dan naluri.

Malaysiakini dalam satu tinjauan berkesempatan menemubual beberapa individu transgender di Kelantan bagi mendapatkan respon mereka susulan penguatkuasaan dan pendakwaan kes pengubahan jantina.

Rata-rata mereka menyuarakan kebimbangan mendalam memikirkan sejauh mana mereka juga akan terkesan dan tindakan yang perlu diambil.

ae272057d31745954e2574d8cb5adb3b
Bendera pelangi yang menjadi lambat perjuangan kumpulan LGBTQ+

Seorang jurujual yang juga transgender lelaki hanya mahu dikenali sebagai Lin, awal 20-an, berkata, pendakwaan kes itu memberi kejutan walaupun dia belum berhasrat untuk melakukan pembedahan tukar jantina.

Katanya, tindakan penahanan juga boleh berlaku kepadanya sekiranya ditahan dengan berpakaian wanita dan mungkin boleh disyaki sebagai orang yang sudah menukar jantina.

“Sebagai seorang transgender sudah tentu saya tidak bersetuju dengan pendakwaan ini. Ia seolah-olah memberi amaran kepada saya supaya lebih berwaspada dan tidak menonjol.

“Setakat ini saya tak berniat nak ubah anggota badan, walaupun pernah fikirkannya. Banyak pertimbangan lain diutamakan, tapi bukan kerana berlakunya pendakwaan kes ini semata-mata,” katanya.

32c27e40bc33ed95e05d436f7ef42aa1
Peruntukan berkaitan kesalahan mengubah jantina dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019

Bagi May, 30-an, pula berkata, dia mungkin akan menjadi salah seorang sasaran pihak berkuasa sekiranya terdedah dalam situasi dan ruang berisiko kepada penahanan.

“Saya memang ada buat pembedahan implan silikon payudara sekitar lima tahun lepas. Jadi saya juga berisiko bagi kes pendakwaan tukar jantina.

“Jika saya juga didakwa kerana mengubah jantina dan disabitkan kesalahan serta dihukum, selepas itu apa?

“Buat masa ini saya akan ikuti perkembangan kes ini, dan kalau perlu mungkin saya terpaksa berhijrah,” katanya yang menjalankan perniagaan kosmetik secara atas talian.



Source link