Malaysia Oversight

Mak akan ‘hempuk’ kalau saya berperangai diva – Harissa Adlynn

By Utusan in August 31, 2025 – Reading time 3 minute
Mak akan 'hempuk' kalau saya berperangai diva - Harissa Adlynn


Nampaknya, pelakon baharu, Harissa Adlynn semakin mendapat perhatian selepas satu per satu isu berkaitan dirinya rancak dibualkan netizen.

Belum reda isu bau badan pelakon, namanya terus diperkatakan selepas timbul pula cerita tidak berasas kononnya dia meminta syarikat produksi menjauhkan dia daripada pelakon lelaki yang menyimpan perasaan terhadapnya. Pancaindera kali ini mendapatkan Harissa untuk menjawab segala tohmahan.

 

Belum reda isu pelakon busuk, kini timbul pula dakwaan Harissa minta syarikat produksi jauhkan pelakon yang menyimpan hati kepada Harissa. Benarkah?

Situasi itu tidak wujud. Saya pun tertanya-tanya, siapa yang mengada-adakan cerita pasal saya ini? Saya mahu yang buat cerita ini tampil ke depan, jelaskan kepada saya apa masalah dia dengan saya? Saya mahu berkenalan dengannya.

Hakikatnya, saya tidak pernah ada masalah dengan pelakon yang bekerja dengan saya. Kalau pun ada pelakon lelaki yang cuba mendekati, perkara itu tidaklah sampai membuatkan saya tidak selesa. Saya sendiri yang akan terus terang, memberitahu dia yang kami hanya boleh berkawan sahaja.

Jadi, benarlah semua ini fitnah belaka?

Itu cerita yang diada-adakan. saya tidak pernah pula arahkan pihak produksi halang kalau ada pelakon lelaki yang sukakan saya. Dan kalaupun situasi itu berlaku, saya sendiri yang akan minta pelakon berkenaan bersikap profesional.

Paling tidak, kalau pun keadaan itu di luar kawalan saya, setidaknya saya hanya akan minta pengurus atau keluarga yang bercakap dengan pelakon berkenaan. Bukannya arahkan pihak produksi pula untuk bertindak.

Entahlah, saya pun tidak pasti macam mana cerita begini boleh timbul. Saya pelik bila baca mengenai artikel yang ditulis itu. Hakikatnya, apa yang diperkatakan itu tidak benar dan tidak pernah berlaku.

Harissa ada hubungi rakan artis untuk dapatkan kepastian macam mana cerita begitu boleh timbul?

Bila artikel itu tersebar, dengan rasa serba salah saya terus hubungi Daniel Fong untuk mendapatkan kepastian walaupun saya tahu bukan dia yang membuat cerita.

Dan dia pun sudah jelaskan dia tidak ada kena mengena. Baiknya Daniel ini sampaikan dia sedia tawarkan diri untuk buat kenyataan bagi membersihkan nama saya. Saya tersentuh dengan kebaikannya itu.

Berbalik kepada komen Harissa pasal pelakon badan berbau itu, teruk juga Harissa dihentam netizen.

Saya terkilan sebenarnya. Seolah-olah saya seorang sahaja bercakap tentang perkara ini sedangkan ada juga pelakon lain yang berkongsi pandangan mengenainya. Tapi saya pula dituduh mencipta isu dan menggunakan situasi untuk popular.

Selepas artikel bau badan itu tersebar, ramai juga pelakon yang berkongsi pandangan mengenainya. Jawapan mereka pun tidaklah jauh beza dengan saya. Tapi saya pula yang teruk dihentam. Seolah-olah saya ini mahu menimbulkan isu dan menunggangnya.

Apa tujuan Harissa bercerita tentang perkara itu?

Sekali lagi saya tegaskan saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa, jauh sekali mahu mencanang keburukan orang.

Niat saya hanya untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan diri supaya orang selesa dengan kita. Itu sahaja yang saya hendak sampaikan, dan kalau perkongsian saya ini membawa kesan positif, saya gembira.

Adakah Harissa terkilan apabila cerita seperti ini di ke depankan pihak media?

Saya tidak pernah menyalahkan pengamal media, sebab saya faham mereka menjalankan tugas. Malah saya sangat bersyukur dan berterima kasih kerana pengamal media sudi menulis tentang saya.

Apa komen Harissa kalau disalah anggap sebagai diva kerana cerita-cerita kurang enak begini?

Lambat lagi saya hendak berlagak diva. Kalau saya jadi begitu, mak sayalah orang pertama yang akan hempuk saya.Tanyalah kepada mana- mana pelakon yang pernah bekerjasama dengan saya, Insya-Allah Mereka juga mengakui yang





Source link