Malaysia Oversight

Majlis Tertinggi PN bincang, putuskan calon PM minggu depan

By MkiniBM in September 15, 2025 – Reading time 1 minute
Majlis Tertinggi PN bincang, putuskan calon PM minggu depan


MUKTAMAR | Pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat pada minggu akan datang untuk membincangkan dan memutuskan calon perdana menteri, kata pengerusinya Yassin.

Ini berikutan desakan agar parti itu dibenarkan mengetuai PN, yang berbeza dengan resolusi Bersatu semasa mesyuarat agung tahunannya dua minggu lalu yang mencalonkan sebagai calon perdana menteri.

Bercakap kepada pemberita di Kedah pagi ini, Presiden Bersatu itu berkata dia menghormati hasrat tetapi menyerahkan keputusan itu kepada Majlis Tertinggi PN.

“Itu adalah hak bagi PASuntuk mencalonkan apa, baik dari segi soal pengerusi PN ataupun calon perdana menteri.

“Masing-masing sudah menyuarakan pandangan di muktamar masing-masing. (Seperti juga) kami di perhimpunan agung (Bersatu).

“Tadi pun saya dah maklum Tok Guru (Hadi), kami akan panggil mesyuarat tertinggi PN dan perkara itu akan dibincang dan diputuskan di situ. Mungkin dalam seminggu ke depan inyha-Allah,” katanya ketika ditemui pemeberita selepas menghadiri majlis perasmian Muktamar PAS ke-71 di Alor Setar, Kedah.

[Laporan lanjut menyusul]



Source link