Malaysia Oversight

Majlis Presiden PH mahu reformasi institusi diutamakan

By MkiniBM in December 9, 2025 – Reading time 1 minute
Majlis Presiden PH mahu reformasi institusi diutamakan


Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan agar beberapa perkara berkaitan reformasi institusi diberi keutamaan dan diusahakan dengan lebih tegas dalam masa terdekat.

Pengarah Komunikasi PH Datuk Fadzil berkata mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi PH Datuk Seri Ibrahim juga telah mendalami dan meneliti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

Pada PRN Sabah ke-17 yang berlangsung 29 Nov lepas, calon PH Datuk Jamawi Ja’afar berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dengan majoriti 525 undi setelah memperoleh 5,064 undi, mengalahkan tujuh calon lain.

Selain itu, berkata dan ahli-ahli Majlis Presiden turut membincangkan isu berkait urus tadbir dan perkembangan ekonomi rakyat.

“Turut dibincangkan ikhtiar pelaksanaan manifesto serta reformasi institusi sepanjang tiga tahun mentadbir negara,” katanya dalam kenyataan malam ini.

berkata mesyuarat turut memutuskan satu Konvensyen PH akan diadakan pada suku pertama 2026 bagi menetapkan fokus keutamaan usaha reformasi serta hala tuju negara bagi tempoh dua tahun akan datang.

Bernama



Source link