Malaysia Oversight

Mahkamah tolak permohan Najib heret Terrirudin prosiding hina mahkamah

By MkiniBM in September 4, 2025 – Reading time 1 minute
Mahkamah tolak permohan Najib heret Terrirudin prosiding hina mahkamah


Mahkamah Tinggi menafikan bekas perdana menteri daripada meneruskan permohonan hina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh kerana didakwa menyekat salinan titah adendum.

Hakim Alice Loke Yee Ching, dalam menyampaikan keputusannya, menggariskan tiga sebab yang menyokong keputusannya termasuk kelewatan Najib daripada memfailkan permohonan komital.

Dia berkata permohonan komital itu difailkan hanya setahun selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) menentang permohonan berasingan Najib berhubung titah adendum berkenaan.

“Mahkamah secara konsisten berpendapat bahawa penghinaan adalah perkara yang serius dan perlu ditangani dalam masa yang munasabah,” kata hakim sambil menyorot kelewatan permohonan Najib.

9ac34ef3e7aff02afd7a9eaac6b44119

Najib, 72, memfailkan permohonan itu pada 21 Mei, mendakwa Terrirudin telah mengelirukan mahkamah dan menyekat titah adendum itu, yang didakwa akan membolehkannya menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.

Sebelum permohonan ini, Najib telah memfailkan semakan kehakiman pada 1 April tahun lepas memohon perintah mandamus mahkamah untuk memaksa dan enam yang lain mengesahkan kewujudan titah adendum itu.

Dia telah menamakan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri, ketua pesuruhjaya Jabatan Penjara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan ketua pengarah bahagian Hal Ehwal Undang-undang sebagai responden dalam permohonannya.

Pada 3 Julai 2024, Mahkamah Tinggi menafikannya daripada meneruskan semakan kehakiman, yang membawa kepada rayuannya di mana Mahkamah Rayuan kemudian membatalkan keputusan itu pada 6 Januari tahun ini dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan itu pada 6 Ogos apabila mereka menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan mahkamah sesyen.

[Laporan penuh menyusul]



Source link