Malaysia Oversight

Mahkamah Tinggi tolak rayuan Najib dan anak tangguh prosiding bank

By MkiniBM in November 17, 2025 – Reading time 1 minute
Mahkamah Tinggi tolak rayuan Najib dan anak tangguh prosiding bank


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dan anaknya Nazifuddin untuk menangguhkan prosiding kebankrapan.

Pesuruhjaya Kehakiman Suhendran Sockanathan @ Saheran Abdullah berkata demikian semasa menyampaikan keputusannya pagi ini.

Dia juga membenarkan kos RM7,500 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk setiap rayuan.

Najib dan Nazifuddin merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan penghakiman ringkas kepada LHDN dalam kes tunggakan cukai, susulan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir mereka pada 16 Okt 2023, yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mewajibkan mereka menyelesaikan cukai yang belum dibayar.

[Laporan penuh menyusul]



Source link