Malaysia Oversight

Mahkamah tak benarkan Najib tahanan rumah

By MkiniBM in December 22, 2025 – Reading time 1 minute
Mahkamah tak benarkan Najib tahanan rumah


Bekas perdana menteri tidak dibenarkan menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Alice Loke Yee Ching, pagi ini menolak permohonan Najib untuk tahanan rumah.

“Dalam keadaan ini, berdasarkan alasan yang telah saya kemukakan, titah adendum tersebut bukanlah satu perintah yang sah yang dibuat dalam pelaksanaan prerogatif pengampunan.

“Saya berpendapat bahawa perintah tahanan rumah tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang di Malaysia yang menyediakan mekanisme sedemikian,” kata hakim itu.

8b7e1e417ef2e6d556d01abf3c577cac

Keluarga Najib kelihatan sugul susulan keputusan mahkamah itu.

Isteri Najib, Rosmah Mansor dilihat berbincang dengan peguam sambil meluahkan rasa kesal terhadap penghakiman tersebut.

[Berita penuh menyusul]



Source link