Mahkamah Mendapati AirAsia Tidak Boleh Pecat Kakitangan Kerana Hantaran Peribadi Di Media Sosial
Effi Saharudin
Adakah status media sosial alasan yang mencukupi untuk majikan membuang pekerja mereka? Mahkamah Perusahaan Malaysia semalam mendapati AirAsia bersalah memecat Hyffny Yusof, seorang pramugara kerana muatan media sosial yang didakwa menghina syarikat. Beliau dianugerahkan pampasan RM31,920 kerana dipecat pada tahun 2023 disebabkan hantaran media sosial yang mengkritik pihak pengurusan syarikat selepas krew pesawat terkandas selama 12 jam.

Muatan dimuat naik Hyffny Yusof di Facebook dan Instagram tetapi hanya boleh dilihat oleh sekumpulan rakan rapat beliau sahaja. Mahkamah mendapati hantaran ini tidak merosakkan reputasi syarikat, tidak dilakukan semasa bertugas dan bukanlah salah laku yang serius. Penggunaan perkataan “idiot” untuk eksekutif tertentu adalah tidak wajar tetapi memutuskan bahawa pemecatan adalah hukuman yang terlalu berat.
Mahkamah turut memutuskan bahawa dasar media sosial AirAsia secara meluas sehingga mengganggu hak privasi dan kebebasan bersuara bekerja. Keputusan mahkamah industri ini jelas mengatakan anda boleh melakukan hantaran media sosial ke atas majikan asalkan ia hanya boleh dilihat oleh sekumpulan kecil pengguna sahaja dan bukannya hantaran awan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






