Malaysia Oversight

Mahkamah jatuhi Najib hukuman 15 tahun penjara, denda RM11.4 bilion

By TheSun in December 26, 2025 – Reading time 1 minute
Mahkamah jatuhi Najib hukuman 15 tahun penjara, denda RM11.4 bilion


Bekas PM dihukum 15 tahun penjara dan denda RM11.4 bilion atas kesalahan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dana 1MDB

: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak, selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Keputusan itu disampaikan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang sebelum ini mempengerusikan perbicaraan 1MDB di Mahkamah Tinggi  sebelum dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Bagi empat pertuduhan salah guna kuasa, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM11.4 bilion atau dipenjara 40 tahun jika gagal membayarnya, manakala bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib dijatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan, namun tiada sebarang denda dikenakan.

Bagaimanapun bekas perdana menteri berusia 72 tahun itu, hanya akan menjalani hukuman penjara 15 tahun, kerana hakim memerintahkan semua hukuman penjara itu dijalankan secara serentak.

Hakim juga memutuskan bahawa hukuman itu hanya akan berkuat kuasa selepas Najib menamatkan tempoh penjara enam tahun bagi kes SRC International Sdn Bhd yang melibatkan penyalahgunaan RM42 juta, yang akan berakhir pada 23 Ogos 2028.



Source link