Malaysia Oversight

Mahkamah China cuba lelong kucing selesaikan hutang pemilik

By Utusan in August 28, 2025 – Reading time 2 minute
Mahkamah China cuba lelong kucing selesaikan hutang pemilik


BEIJING: Tindakan sebuah mahkamah di yang cuba melelong seekor kucing berusia tiga tahun bagi menyelesaikan hutang pemiliknya mencetuskan perdebatan hangat dalam talian.

Bagaimanapun,  lapor Yangtse Evening Post, haiwan itu akhirnya dikeluarkan daripada senarai lelongan pada 22 Ogos lalu.

Kes berkenaan bermula apabila Mahkamah Rakyat Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Yangzhou di wilayah Jiangsu mendaftarkan kucing yang dinamakan Coal Ball itu sebagai aset yang boleh dilelong. 

Berbeza daripada harta biasa seperti rumah atau perabot, langkah itu mengejutkan ramai kerana ia melibatkan haiwan hidup.

Menurut laporan Cover News, keputusan untuk membatalkan lelongan dibuat selepas pemohon serta beberapa pemiutang menarik balik permohonan tersebut. 

Sebuah kedai haiwan peliharaan yang menjaga kucing itu mengesahkan mahkamah sudah mengambilnya, namun destinasi seterusnya tidak dinyatakan.

Sebelum dibatalkan, senarai lelongan itu menarik lebih 61,000 tontonan dan 6,500 bidaan, dengan harga bermula 500 yuan (RM295) melonjak sehingga 8,000 yuan (RM4,728).

Kedai haiwan tersebut menyatakan kucing itu berada dalam keadaan sihat dengan berat kira-kira empat kilogram (kg).

Pendedahan kes ini mencetuskan perdebatan di platform media sosial Weibo, dengan sebahagian warganet menyifatkan tindakan itu tidak menghormati kehidupan, manakala yang lain berpendapat ia boleh membantu kucing berkenaan mendapatkan pemilik baharu. 

Namun ada juga yang sinis, mendakwa jumlah bidaan tinggi lebih kepada keinginan mencari perhatian dalam talian berbanding niat sebenar untuk membela haiwan tersebut.

Peguam, Zhu Qiaoling memberitahu media tempatan Litchi News, dari sudut undang-undang, haiwan peliharaan dikategorikan sebagai harta peribadi, sekali gus meletakkan tindakan mahkamah itu dalam ruang lingkup peraturan yang sah.

“Lelongan haiwan hidup bukanlah sesuatu yang asing dalam amalan kehakiman. Haiwan dengan nilai ekonomi tinggi seperti lembu, kambing dan sering dilelong bagi menyelesaikan hutang,” katanya.-AGENSI





Source link