Malaysia Oversight

Mahkamah batal peruntukan ‘jelik, sakitkan hati’ akta komunikasi

By MkiniBM in August 19, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Dua perkataan telah diisytiharkan melanggar berperlembagaan oleh Mahkamah Rayuan – “offensive” (jelik) dan “annoys” (menyakitkan hati) – sekali gus melemahkan peruntukan utama dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

Keputusan bersejarah itu muncul selepas cabaran berjaya oleh aktivis Heidy Quah terhadap Seksyen 233, yang sebelum ini membenarkan pendakwaan ke atas kandungan dalam talian yang dianggap Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa perkataan ‘menghina’ (offensive) dan ‘menjengkelkan’ (annoy).

Panel tiga hakim yang diketuai hakim Lee Swee Seng, bersama hakim Hashim Hamzah dan Azman Abdullah, membenarkan cabaran perlembagaan Quah yang difailkan pada September 2021.

Prosiding undang-undang ini berpunca daripada pendakwaan Quah pada Julai 2021 berhubung hantaran media sosial yang mengkritik layanan terhadap pelarian di pusat tahanan imigresen.

Asas penghakiman mahkamah berpusat pada prinsip kesepadanan (proportionality) – memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa perkataan ‘menghina’ (offensive) dan ‘menjengkelkan’ (annoy) tidak boleh dianggap sebagai ancaman kepada ketenteraman awam sehingga wajar untuk menyekat perlindungan kebebasan bersuara yang dijamin perlembagaan.

Perlu diperhatikan bahawa memandangkan akta itu telah dipinda pada Disember 2024, keputusan hari ini hanya memberi kesan kepada versi lama.

Keputusan penuh setebal 54 muka surat boleh diakses di bawah.

Seksyen 233 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.

Ia memperuntukkan:

(1) Seseorang yang-

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar-

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik.



Source link