Malaysia Oversight

Mahathir jawab Anwar: Saya tidak mahu imuniti

By MkiniBM in July 23, 2025 – Reading time 2 minute
Mahathir jawab Anwar: Saya tidak mahu imuniti


Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan dia tidak memerlukan imuniti malah mencabar agar dia didakwa di mahkamah jika berpendapat ada kesalahan dilakukan dalam isu Pulau Batu Puteh.

Dalam nada menyindir, bekas perdana menteri yang kini berusia 100 tahun itu berkata, imuniti hanyalah untuk orang yang takut ke mahkamah disebabkan sedar dirinya bersalah.

Pada masa sama Mahathir turut menganggap Perdana Menteri Ibrahim sudah bertindak sebagai pendakwa raya dan sekali gus hakim apabila menjawab persoalan tersebut di parlimen semalam.

“Semalam di Dewan Rakyat, saya telah ‘dijatuh hukum’ sebagai bersalah di dalam kes berkait tidak buat rayuan untuk Pulau Batu Putih.

“Walaupun saya dijatuh hukum bersalah, tiada sebarang tindakan akan diambil kerana faktor umur saya.

“Yang hukum saya bersalah ialah Perdana Menteri Datuk Seri . Yang umum saya tak perlu diambil tindakan ialah Datuk Seri ,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam Anwar berkata selain faktor usia, kabinet juga mengambil kira status Mahathir sebagai bekas perdana menteri semasa memutuskan tiada tindakan diambil ke atas Mahathir.

Anwar berkata demikian ketika menjawab Takiyuddin Hassan (-Kota Bharu) ketika sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat.

5e9cb7b0b48d0884ad8de3048e2ed82f

“Kita ambil keputusan ini kerana melibatkan mantan Perdana Menteri yang umurnya 100 tahun.

“Apakah dia tak salah (dalam isu Pulau Batu Puteh)? Dia salah.

“(Tapi) apakah kita perlu ambil tindakan? Saya dalam mesyuarat kabinet, saya setuju tak ambil tindakan.

“Kalau ambil tindakan, anda, Kota Bharu (Takiyuddin) yang akan jerit kata kita tak adil,” kata Anwar.

Mengulas lanjut, Mahathir terus bersikap sinis apabila menganggap Anwar kini memiliki kuasa yang begitu besar walaupun ia bercanggah dengan peraturan negara.

Pada masa sama, Mahathir menegaskan, pendirian ditunjukkan Anwar itu juga membayangkan dia diberi kekebalan.

“Begitulah hebat kuasanya. Tetapi Perlembagaan tidak sebut perdana menteri boleh jadi pendakwa raya atau hakim.

“Dia kata umur saya 100 tahun kerana itu saya tidak didakwa walau bersalah. Ini maknanya saya dapat imuniti.

“Saya tidak mahu imuniti. Jika tuduh saya bersalah, hadapkan saya di mahkamah dan buktikan saya bersalah. Saya tahu saya tak bersalah dan saya mahu buktikan.

“Imuniti untuk orang yang takut ke mahkamah disebabkan sedar dirinya bersalah,” tegasnya.



Source link