Malaysia Oversight

Mahathir dakwa k’jaan jual kedaulatan demi puaskan AS

By MkiniBM in October 30, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengecam langkah menandatangani perjanjian perdagangan timbal balik antara Malaysia dan Amerika Syarikat, dengan menuduh “menjual kedaulatan negara” demi menyenangkan kuasa besar dunia.

Dia menyifatkan tindakan itu sebagai bentuk imperialisme moden, sambil mengingatkan rakyat bahawa para pengasas negara sudah lama memberi amaran tentang bahaya penjajahan bentuk baru yang berselindung di sebalik kerjasama ekonomi.

“Ia merupakan penyerahan kebebasan ekonomi yang selama ini kita pertahankan dan bina.

“Jadi, berhentilah menyembunyikannya di sebalik bahasa perdagangan, kerjasama atau diplomasi.

f99085dfd52125317472940cf120f678

“Akuilah sahaja bahawa anda telah memperdagangkan kemerdekaan kita kerana tidak mempunyai keberanian dan ingin menyenangkan kuasa asing,” katanya.

Mahathir turut mengaitkan kuasa besar yang dimaksudkannya dengan Amerika Syarikat yang, menurutnya, turut terlibat menyokong kekejaman terhadap rakyat Palestin.

“Dan kuasa itulah yang menyokong dan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin,” katanya pada hantaran di Facebook hari ini.

Potensi konflik dengan

Perjanjian perdagangan timbal balik itu ditandatangani pada 26 Okt antara Perdana Menteri Ibrahim dan Presiden AS Donald .

menegaskan perjanjian itu saling menguntungkan namun beberapa klausa menimbulkan persoalan mengenai kesan terhadap hubungan dagang Malaysia dengan .

Antara lain, Perkara 5.1 menetapkan bahawa jika AS mengenakan tarif, kuota atau sekatan perdagangan terhadap mana-mana negara atas alasan keselamatan ekonomi dan negara, Malaysia mesti mengambil tindakan serupa — atau bersetuju dengan garis masa untuk melakukannya.

09df658f8c91ecca081e5f06e5bc265b

Klausa kedua dalam artikel sama pula mewajibkan Malaysia mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat milik atau dikawal negara lain yang beroperasi di Malaysia dan mengeksport barangan ke AS di bawah harga pasaran, atau yang didakwa menjejaskan eksport AS.

Walaupun tiada negara disebut secara langsung, bahasa perjanjian itu dilihat menyasarkan China — negara yang sering dituduh menjejaskan ekonomi AS melalui dasar dagangannya.

‘Ikut telunjuk Washington’

Mahathir memberi contoh bahawa kini “terikat” untuk membeli pelbagai barangan dari AS termasuk kapal terbang, gas dan mesin, selain memberikan akses lebih besar kepada sumber nadir bumi Malaysia.

Menurutnya, melalui perjanjian itu Malaysia akan terpaksa membuka pasaran domestiknya mengikut syarat dan kehendak AS — termasuk dengan siapa negara ini boleh berurus niaga.

Dia turut mempersoalkan sejauh mana keberkesanan klausa keluar (exit clause) dalam melindungi kepentingan negara.

“Dan jika ini menggunakan klausa keluar untuk keluar daripada perjanjian yang berat sebelah, sudah tentu, ia tidak tahu bagaimana untuk membuat perjanjian,” katanya.

Semalam, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) Tengku Zafrul Abdul Aziz menjelaskan perjanjian tersebut tetap akan melindungi kepentingan Malaysia.

Dia berkata sebarang tindakan hanya akan diambil jika ia berkaitan dengan “kebimbangan ekonomi atau keselamatan negara yang dikongsi bersama”.

“Kata kuncinya ialah ‘dikongsi’. Jika ia hanya menjejaskan keselamatan ekonomi dan negara AS, tetapi tidak memberi kesan kepada Malaysia… kita tidak perlu mempertimbangkannya,” katanya.



Source link