Malaysia Oversight

Madani langkah yakin ke hadapan bersama rakyat

By MkiniBM in January 1, 2026 – Reading time 1 minute
Madani langkah yakin ke hadapan bersama rakyat


Madani akan terus memberikan komitmen bagi memastikan keharmonian dalam kepelbagaian kekal menjadi teras kemajuan negara, selain memperkukuh ekonomi demi kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim.

Beliau berkata akan melangkah ke hadapan penuh keyakinan bersama-sama rakyat dalam menyambut harapan baharu pada tahun ini.

“Inilah komitmen Madani untuk Malaysia. Selamat Tahun Baharu!” katanya dalam satu hantaran menerusi Facebook malam ini.

Dalam hantaran sama, turut memuat naik video berdurasi satu minit 47 saat yang memaparkan beliau meraikan sambutan tahun baharu bersama-sama rakyat Malaysia malam tadi, yang turut menjadi pemangkin awal kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

917e481c1e64f5fcd688cfa395542995

Kempen TMM 2026 membuka tirainya secara rasmi menerusi penganjuran Visit Malaysia 2026 Countdown Festival, iaitu sambutan ambang tahun baharu berskala besar yang berlangsung meriah di Pavilion Kuala Lumpur.

Festival kira detik yang disertai , menandakan permulaan kepada usaha memacu momentum awal sektor pelancongan negara ke arah sasaran 43 juta ketibaan pelawat antarabangsa, selari dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelancong dunia.

– Bernama




Source link