JERLUN: Penduduk sekitar Jalan Alor Setar-Kangar di sini menggesa pihak bertanggungjawab menyelia segera keadaan jalan tersebut yang didakwa berlubang serta retak teruk, sekali gus menjejaskan keselamatan dan kelancaran trafik harian. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati keadaan jalan yang rosak menyebabkan aliran trafik menjadi perlahan, malah membahayakan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal yang terpaksa memperlahankan kenderaan atau menukar lorong secara mengejut bagi mengelakkan lubang di permukaan jalan. Laluan sepanjang 14.85 kilometer…





