Malaysia Oversight

‘Maaf tak cukup, kerajaan perlu bertindak terhadap CEO Petronas’

By MkiniBM in October 8, 2025 – Reading time 2 minute
'Maaf tak cukup, kerajaan perlu bertindak terhadap CEO Petronas'


Amanah menggesa mengambil tindakan dalaman terhadap presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Petronas, Tengku Taufik Tengku Aziz, susulan insiden “mandi champagne” semasa Grand Prix Singapura baru-baru ini.

Pengerusi Biro Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Amanah, Wan Wan Ibrahim berkata tindakan itu perlu bagi memastikan insiden seumpama tidak berulang pada masa hadapan.

1702475958d91fdf70a931f7fbf045f6
Wan Wan Ibrahim

Dia turut menolak permohonan maaf Tengku Taufik yang mendakwa dirinya “terlalu terbawa-bawa dengan keterujaan kemenangan” dengan menegaskan bahawa alasan itu tidak memadai apabila foto-foto jelas menunjukkan dia sendiri yang turut menyembur dan bermandi arak.

Wan turut membandingkan insiden itu dengan kontroversi yang melibatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing berhubung hidangan alkohol dalam satu majlis rasmi.

“Saya langsung tidak faham di kala kita mengecam dan mengkritik tindakan seorang bukan Muslim yang tidak sensitif dengan isu arak secara terbuka, ada pula seorang Muslim yang mengulangi perkara yang sama.

494c81620e1f342fcd76883583091437

“Lebih mengecewakan apabila seorang Muslim tersebut adalah seorang Melayu yang memimpin sebuah organisasi nasional yang berwibawa iaitu Petronas.

“Mengapa langsung tidak ada sensitiviti dalam isu sebegini ketika mana beliau tahu benar bahawa beliau membawa imej sebuah negara yang dihormati oleh dunia,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Wan Anwar, kepimpinan Petronas sebelum era Tengku Taufik sentiasa peka terhadap sensitiviti agama dan budaya — baik di dalam mahupun luar negara.

Dalam kenyataan semalam, Tengku Taufik berkata dia berbesar hati menerima Trofi Kemenangan Konstruktor bagi pihak pasukan Mercedes-AMG Petronas namun mengakui tindakannya semasa sambutan selepas perlumbaan “mungkin tidak bersesuaian dengan tempatnya.”

f15393529bf5a94a716a99880978daaf

“Ingin saya jelaskan bahawa saya tidak mengambil sebarang minuman keras, namun sebagai seorang Muslim, saya akur bahawa saya seharusnya tidak terlibat dalam sebarang bentuk sambutan sedemikian.

“Oleh itu, saya ingin memohon maaf atas perbuatan saya yang secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan dan saya mengambil sepenuh tanggungjawab di atas segala tindakan saya,” katanya.



Source link