Malaysia Oversight

Luno Malaysia Menambah Dua Lagi Kriptowang Baharu – Algorand Dan NEAR

By Amanz in April 25, 2025 – Reading time 1 minute
Luno Malaysia Menambah Dua Lagi Kriptowang Baharu – Algorand Dan NEAR


Kewangan

Luno Malaysia Menambah Dua Lagi Kriptowang Baharu – Algorand Dan NEAR

April 25, 2025

Aman

Luno Malaysia kini menambah dua lagi aset digital atau kriptowang pada platform mereka untuk pengguna tempatan, iaitu penambahan Alogrand dan juga NEAR Protocol. Dengan penambahan ini, ia sekaligus menjadikan Luno menawarkan 20 kriptowang untuk pengguna tempatan.

Luno April 2025

Dua penawaran baharu ini membawa ciri khusus yang menarik masing-masing. Algorand ialah rantaian blok mesra alam sekitar yang menyokong transaksi pantas dengan kos yang rendah, serta pembangunan aplikasi terdesentralisasi (dApp) yang boleh diskalakan dan selamat ke arah ekonomi digital tanpa sempadan yang mampan. NEAR Protocol pula ialah rantaian blok yang pantas dan boleh diskalakan dengan kos transaksi yang rendah, daya pemprosesan tinggi serta alat pembangunan dApp yang mesra pengguna – dengan fokus kepada desentralisasi dan kelestarian.

Selain itu, Luno turut mengatakan mereka mempunyai lebih 1 juta pelanggan di Malaysia, sekaligus menjadikan Luno sebagai bursa aset digital terkemuka di Malaysia.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link