Malaysia Oversight

Lovable Perkenal Integrasi GPT-5 Untuk Sempoicara Lebih Meluas Dan Pantas

By Amanz in August 8, 2025 – Reading time 1 minute
Lovable Perkenal Integrasi GPT-5 Untuk Sempoicara Lebih Meluas Dan Pantas



Lovable

Lovable Perkenal Integrasi GPT-5 Untuk Sempoicara Lebih Meluas Dan Pantas

August 8, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

Lovable merupakan salah satu platform memfokuskan sempoicara (vibe-coding) yang digunakan ramai dalam mengubah arahan berbentuk teks sebuah aplikasi yang boleh digunakan. Ia sebelum ini menggunakan GPT-4, dan bermula hari ini, Lovable turut dikemaskini dengan sokongan GPT-5.

Dengan integrasi ini, pengguna boleh sempoicara pelbagai aplikasi web dan mudah-alih dengan mudah dan lebih meluas. Sebagai contoh, melalui demo yang diperlihatkan, Lovable boleh bangunkan klon untuk ChatGPT sendiri, selain turut dengan mudah menyertakan sokongan langganan untuknya. Lovable turut mengatakan sebelum ini pengguna hanya boleh bangunkan laman satu atau beberapa halaman, tetapi dengan GPT-5, pengguna boleh bangunkan sesuatu yang lebih meluas dan menyeluruh.

Bagi anda yang berminat, Lovable menawarkan akses kepada GPT-5 bermula hari ini sehingga Ahad ini. Disamping itu, Lovable mengatakan mereka turut akan menawarkan akses percuma kepada para pelajar tidak lama lagi, hasil sokongan bersama pihak OpenAI.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link