Malaysia Oversight

Lokman, Akmal ‘berbalah’ perlu guna saluran betul

By MkiniBM in August 27, 2025 – Reading time 2 minute
Lokman, Akmal 'berbalah' perlu guna saluran betul


Pemimpin dan ahli yang tidak berpuas hati dengan sebarang isu atau tindakan perlu menggunakan saluran parti termasuk mengemukakan laporan kepada Lembaga Disiplin, kata Ketua Penerangannya Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), berkata sejak ditubuhkan pada 1946, mempunyai sistem serta prosedur tersusun dalam menangani isu melibatkan disiplin anggotanya.

“Saya lihat kalau ada sesiapa yang tidak berpuas hati, mereka boleh lapor kepada Lembaga Disiplin parti.

adalah parti ada tradisi, apa-apa isu biasanya dibawa kepada perbincangan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan dan Majlis Kibaran Jalur Gemilang di sini hari ini.

80f1e379a56a05e71ca896e589f773c8

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perbalahan antara Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ahli Majlis Tertinggi parti berkenaan Datuk Lokman Noor Adam.

Muhamad Akmal dilaporkan telah mencabar Lokman Noor supaya berdepan dengannya sama ada di mahkamah atau di gelanggang ekoran tuduhan kononnya beliau mempunyai agenda tersembunyi untuk menaikkan Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Perdana Menteri.

Menyentuh mengenai surat daripada Pemuda Umno Kapar kepada Lembaga Disiplin yang mendesak agar tindakan diambil terhadap Lokman Noor atas dakwaan melanggar disiplin dan etika parti, Azalina berkata perkara itu boleh disalurkan kepada parti untuk dibincangkan.

“Umno mengamalkan demokrasi… nak kritik pun demokrasi, tak setuju pun demokrasi, sokong pun demokrasi…

4160f5c190628fc4fa61b6b82643427d

“Umno ini parti lama, pelbagai karakter ada dalam kalangan ahli dan kepimpinan…

“Kalau isu serius, ia boleh dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi,” katanya.

Bernama



Source link