Malaysia Oversight

Loke kata PM tak tolak usaha iktiraf UEC, Pemuda Umno cabar bawa ke mahkamah

By MkiniBM in December 13, 2025 – Reading time 3 minute
Loke kata PM tak tolak usaha iktiraf UEC, Pemuda Umno cabar bawa ke mahkamah



Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menjelaskan Perdana Menteri Ibrahim tidak menolak cadangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Loke berkata laporan media yang membayangkan penolakan itu tidak selari dengan kemajuan awal yang dicapai melalui saluran dalaman .

Katanya lagi, DAP akan terus memperjuangkan pengiktirafan UEC melalui saluran dalaman itu.

Berdasarkan rakaman video ucapan Loke yang dilihat Malaysiakini, dia yang juga Menteri Pengangkutan berkata ada media yang melaporkan menolak pengiktirafan UEC, sekali gus menimbulkan salah faham.

“Sesetengah (laporan) meletakkan tajuk bahawa dia menolak atau menentang UEC, sedangkan berdasarkan kefahaman dan perbincangan kami dengan PM, laporan sedemikian adalah tidak tepat,” katanya.

Menurutnya lagi, mesej yang ingin disampaikan oleh Anawr ialah sebarang pengiktirafan terhadap UEC mestilah mengikut Perlembagaan, di samping memperkukuh penguasaan bahasa Melayu.

Dia berkata berdasarkan persefahaman dalaman awal yang dicapai antara DAP dan , usaha memperkukuh penguasaan bahasa dalam kalangan warganegara merupakan prasyarat utama yang perlu ditangani secara serentak.

“Itulah sebabnya sebelum ini saya menyebut Anwar telah setuju untuk mengumumkan dasar bahasa yang baru dalam masa terdekat bagi memperkukuh penguasaan (warga) terhadap bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan juga Tamil. Jadi, ini merupakan dasar baru yang diperkenalkan untuk menangani soal kecekapan pelbagai bahasa,” katanya lagi.

‘UEC penuhi prasyarat’

Loke turut berpendapat dua prasyarat yang disebut oleh Anwar tidak bercanggah dengan pengiktirafan UEC.

Menurutnya, UEC tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana jika ia tidak berperlembagaan, Sekolah Menengah Persendirian Cina tidak mungkin wujud sejak berdekad lalu.

“Malah, sekolah-sekolah ini telah wujud di Malaysia sejak berdekad lamanya. Sepanjang tempoh itu, pelajar jperoleh diploma mereka melalui UEC. Oleh itu, secara asasnya UEC tidak melanggar Perlembagaan.”

1953ad099ee1877ae1db88fb791a81aa

Kedua, Loke berkata UEC merangkumi subjek bahasa kebangsaan, maka perbincangan ketika ini hanyalah mengenai bagaimana untuk terus memperkukuh penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan calon UEC.

“Jadi, ada pihak mencadangkan syarat bahawa bagi mengiktiraf UEC, (calon) juga perlu memperoleh kredit dalam subjek Bahasa Melayu SPM.

“Dong Zong (Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia) pada asasnya telah setuju dengan syarat ini, memandangkan ramai pelajar sekolah menengah persendirian Cina kini turut menduduki peperiksaan SPM,” katanya lagi.

‘Ramai tak faham’

Mengulas lanjut, Loke berkata ramai pihak, termasuk daripada kalangan kaum lain, tidak memahami maksud sebenar “pengiktirafan UEC”.

“Pengiktirafan UEC tidak bermaksud menjadikan sekolah menengah persendirian Cina sebagai sekolah . Takrif paling penting bagi pengiktirafan UEC ialah diploma UEC boleh diterima sebagai kelayakan untuk kemasukan ke universiti awam.

“Ia sama seperti kelayakan antarabangsa lain, seperti A Level, atau diploma dari beberapa negara lain, yang semuanya boleh diterima untuk kemasukan ke universiti awam kita.

“Oleh itu, saya percaya isu UEC perlu dibincangkan dengan jelas dalam atau kabinet sebelum hala tuju yang jelas dan keputusan muktamad dapat dibuat,” katanya lagi,, sambil menegaskan tindakan membangkitkan isu itu di media tidak akan menyelesaikan masalah.

‘Biar mahkamah putuskan’

Sementara itu, Pemuda Johor mencabar DAP untuk membawa isu tersebut ke mahkamah bagi menentukan sama ada UEC selaras dengan Perlembagaan atau tidak.

Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata Johor kesal kerana DAP terus menggunakan isu perpaduan dan pendidikan sebagai “bahan permainan politik yang sempit dan bermusim”.

62320565c84d16391415fa98e8610bd6
Noor Azleen Ambros

Bagi menamatkan perdebatan panjang mengenai isu itu, dia berkata DAP sepatutnya membawanya ke mahkamah untuk mendapatkan keputusan muktamad.

“Sekiranya mahkamah memutuskan UEC selari dengan Perlembagaan Persekutuan serta memenuhi aspirasi dan dasar nasional dalam bidang pendidikan, maka tiada lagi alasan untuk kerajaan menangguhkan pengiktirafan UEC.

“Keputusan semakan kehakiman ini akan menoktahkan segala polemik berhubung UEC, sekali gus membolehkan kerajaan dan semua pihak memberi fokus sepenuhnya kepada isu-isu yang lebih mendesak dalam memperkukuh dan memperbaiki sistem pendidikan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh dengan tegas menentang pengiktirafan UEC dan menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu tersebut.

Semalam, Anwar menekankan sebarang tuntutan berkenaan bahasa daripada kumpulan etnik mesti terlebih dahulu menghormati status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Selepas soal martabat dan penguasaan bahasa Melayu telah dilakukan, katanya, barulah cadangan bagi memantapkan penguasaan bahasa lain dan pengiktirafan terhadap UEC boleh dikemukakan.



Source link