Malaysia Oversight

Loji Tenaga Nuklear Malaysia Pertama Dijangka Akan Beroperasi Dalam Masa Enam Tahun – TNB

By Amanz in October 3, 2025 – Reading time 2 minute
Loji Tenaga Nuklear Malaysia Pertama Dijangka Akan Beroperasi Dalam Masa Enam Tahun – TNB


Loji Tenaga Nuklear Malaysia Pertama Dijangka Akan Beroperasi Dalam Masa Enam Tahun – TNB

October 3, 2025
Lain-lain

Nazrin

Berita tentang penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga bersih dan murah sudahpun diperkatakan selama bertahun-tahun, tetapi dengan sejumlah pengumuman yang dibuat sepanjang tahun ini, nampaknya penggunaan tenaga nuklear di Malaysia adalah satu kepastian, jika apa yang dikatakan oleh Tenaga Nasional adalah benar.

The Edge melaporkan bahawa Tenaga Malaysia menyatakan hasrat untuk menjadi pembangun, pemilik dan penyelia sebuah loji tenaga nuklear, mengatakan bahawa loji tenaga nuklear pertama dijangka akan beroperasi dalam tempoh masa enam tahun akan datang. Ia juga dijangka bahawa loji-loji tenaga nuklear Malaysia akan menghasilkan 3GW tenaga elektrik menjelang tahun 2034.

Pihak Tenaga Nasional juga mengatakan bahawa beberapa lokasi sudahpun dikenalpasti sebagai tapak-tapak yang sesuai untuk loji tenaga tersebut, tetapi tidak mengulas lanjut tentang dimanakah lokasi-lokasi tersebut.

Nuklear

Loji tenaga nuklear secara lazimnya dibina di kawasan-kawasan yang mempunyai takungan air yang banyak seperti tasik dan sungai sebagai komponen utama dalam menyejukkan janaan haba loji-loji seperti ini.

Pembangunan loji tenaga nuklear adalah salah satu daripada langkah yang mahu diambil sekarang untuk memastikan bahawa mereka boleh mencapai cita-cita untuk tidak lagi menggunakan loji arang batu sebagai salah satu bekalan kuasa kebangsaan menjelang 2044. Untuk masa ini, 90 peratus daripada bekalan kuasa elektrik tempatan menggunakan sumber-sumber tidak lestari seperti bahan api fosil, arang batu, minyak mentah dan gas asli.

Dengan projek-projek pusat data yang semakin rancak dibangunkan di seluruh negara, peralihan kepada penggunaan tenaga nuklear ini dilihat sebagai salah satu cara terbaik untuk memastikan semua sektor perniagaan dan rakyat dapat menikmati penggunaannya secara sama rata.

The Edge Malaysia

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link