Log Masuk Aplikasi MyJPJ Perlu Guna MyDigital ID Mulai 1 Februari 2026 – Untuk Warganegara 18 Tahun Ke Atas
Amy Maizuraa
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengumumkan pelaksanaan kaedah log masuk tunggal (Single Login) ke aplikasi MyJPJ melalui MyDigital ID. Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan akses malah turut memastikan proses lebih selamat untuk semua pengguna.

Mulai 1 Februari 2026, semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas diwajibkan menggunakan MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan identiti digital untuk mengakses aplikasi MyJPJ. Dengan pelaksanaan ini, sistem kata laluan sedia ada akan digantikan sepenuhnya sekali gus memastikan proses log masuk lebih mudah.

Bagi pengguna berumur bawah 18 tahun serta pemegang kad MyPR, kaedah log masuk sedia ada akan terus dikekalkan. Mereka masih perlu menggunakan pautan khas dengan memasukkan 12 digit nombor MyPR atau MyKAD bersama kata laluan.
JPJ menegaskan bahawa inisiatif ini bukan sahaja menyokong usaha kerajaan dalam memperluaskan penggunaan identiti digital malah turut memastikan sistem perkhidmatan awam menjadi lebih efisien serta mesra pengguna.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





