LG Sound Suite Ialah Sistem Audio Pertama Menyokong Dolby Atmos FlexConnect
Effi Saharudin
Dua tahun lalu Dolby Atmos FlexConnect diumumkan sebagai sistem audio yang boleh menala audio di ruang rumah secara automatik dengan ia turut membolehkan pelbagai konfigurasi speaker dipadankan oleh pembeli. Kini LG Sound Suite telah diumumkan dengan ia adalah sistem speaker soundbar pertama dipasarkan dengan sokongan Dolby Atmos FlexConnect.

LG Sound Suite membenarkan pengguna TV pintar LG memadankan soundbar dengan speaker M7 dan serta subwoofer W7 subwoofer untuk menikmati audio Dolby Atmos. Ini boleh dilakukan tanpa pemilik membeli soundbar H7. Menerusi LG Sound Suite, sebanyak 27 konfigurasi speaker boleh dilakukan dengan sokongan sehingga 13.1.7 saluran audio.
Sistem speaker LG Sound Suite akan dilancarkan secara rasmi di acara CES 2025 yang berlangsung di Las Vegas bulan depan. Dolby Atmos FlexConnect akan disokong pada semua TV pintar LG tahun 2026 dan sebilangan model TV tahun 2025.






