Malaysia Oversight

LFL desak PM dan menteri wanita masuk campur

By MkiniBM in September 23, 2025 – Reading time 2 minute
LFL desak PM dan menteri wanita masuk campur


Perdana Menteri Ibrahim mahupun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri perlu campur tangan bagi menghentikan sebarang usaha untuk menghukum gadis bawah umur dalam kes rogol statutori, kata Lawyers for Liberty (LFL).

Pengasas bersamanya, Latheefa Koya turut menggesa seluruh jemaah menteri untuk memberi tindak balas berhubung isu tersebut, sambil mengecam reaksi Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail terhadap kenyataan Ketua Polis Mohd Yusoff Mamat. 

Bagi Latheefa, kenyataan itu adalah “mengejutkan” dan “bersifat mempertahankan” Yusoff.

Terdahulu hari ini, Saifuddin menyifatkan kenyataan Yusoff yang mencadangkan gadis bawah umur didakwa dalam kes rogol statutori hanyalah “pendapat peribadi”.

“Itu pendapat beliau… belum sampai masanya untuk saya bagi komen apa-apa… Mohd Yusoff bagi pandangan berasaskan kepada angka-angka yang berlaku di ,” kata Saifuddin.

Pada Ahad lalu, Yusoff mencadangkan agar gadis bawah umur  dalam kes rogol statutori turut didakwa bersama lelaki dewasa yang menjadi pelaku.

​​Dia berhujah agar cadangannya dipertimbangkan dengan menyatakan hampir 90 peratus kes rogol statutori berlaku secara suka sama suka berdasarkan hasil siasatan.

Latheefa berkata adalah mengarut untuk menyifatkan cadangan itu hanyalah pandangan peribadi.

“Yusoff sendiri berkata dia akan membawa perkara itu ke Jabatan Peguam Negara dan jabatan agama . Justeru, ia bukan sekadar pendapat peribadi. Dia sedang berusaha ke arah pelaksanaannya melalui perbincangan antara jabatan.

“Saifuddin sepatutnya mendapatkan fakta yang betul, bukannya tergesa-gesa membuat alasan bagi niat keterlaluan pihak polis untuk mendakwa gadis bawah umur.

“Apa yang amat mengejutkan ialah tindak balas defensif menteri…Dia gagal memahami atau mengakui betapa seriusnya isu ini, yang jelas mengejutkan semua rakyat Malaysia yang waras,” kata bekas ketua pesuruhjaya SPRM itu.

[Baca berita asal]



Source link