Malaysia Oversight

Letupan universiti: Tiga mangsa masih dirawat di hospital

By MkiniBM in January 13, 2026 – Reading time 1 minute
Letupan universiti: Tiga mangsa masih dirawat di hospital


Tiga mangsa yang cedera dalam insiden letupan di sebuah universiti di ibu negara semalam masih dirawat di hospital, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus.

Dia berkata mangsa pertama, seorang kontraktor wanita berusia 54 tahun kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami kecederaan akibat serpihan besi dalam badan serta melecur, namun keadaannya dilaporkan stabil dan berada di bawah pemantauan doktor.

b287d6f78bd93680dac79461f7dc604d

Fadil berkata mangsa kedua, seorang pelajar wanita berusia 19 tahun, masih tidak sedarkan diri dan menerima rawatan rapi di hospital sama akibat pendarahan dalam otak serta retak pada tengkorak.

“Mangsa ketiga, seorang lelaki warga Indonesia berusia 22 tahun iaitu pekerja kantin di universiti terbabit pula dirawat di Hospital Sungai Buloh untuk tujuan pemantauan walaupun tidak mengalami kecederaan serius, manakala enam mangsa lain telah dibenarkan pulang,” katanya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), katanya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian dan pihak polis akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

ca2bada713cf8e1bb7e8f18c65f6a339

Semalam, media melaporkan seorang lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL, manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas penyaman udara di sebuah universiti swasta kira-kira 11.40 pagi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Soo Yu Juan, 24, pelajar tahun ketiga kursus Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar).

Fadil dilaporkan berkata letupan dipercayai berlaku di kawasan penyelenggaraan penyaman udara yang terletak bersebelahan kafeteria di tingkat empat universiti berkenaan.



Source link