Beberapa letupan kedengaran di ibu negara Qatar, Doha pada Selasa dengan kepulan asap kelihatan menjulang di beberapa kawasan bandar raya itu, lapor Xinhua.
Laporan mendakwa letupan itu berpunca daripada operasi Israel yang menyasarkan pegawai kanan Hamas. Pihak berkuasa Qatar masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan segera.
– Bernama – Xinhua