Malaysia Oversight

‘Let’s dance’ – Fahmi dipanggil polis isu hantaran didakwa hina TMJ

By MkiniBM in December 19, 2025 – Reading time 2 minute
'Let's dance' - Fahmi dipanggil polis isu hantaran didakwa hina TMJ


Aktivis dan pereka grafik, Reza memaklumkan dia telah dipanggil polis untuk siasatan, dipercayai berhubung ciapannya berkenaan Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Polis dah panggil. Let’s dance!” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Berdasarkan notis yang dikongsinya, disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Notis tersebut menyatakan dia dipanggil hari ini dengan siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman, manakala laporan dibuat di Balai Polis Bukit Indah di Iskandar Puteri, Johor Bahru. 

Kelmarin, dilaporkan lebih 50 laporan polis telah dibuat terhadap berhubung hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi kenyataan dan visual bersifat melampau, provokatif serta menghina Institusi Diraja Johor.

Antara yang membuat laporan itu adalah Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Aznan Tamin. 

e88732649f54d003f8bb886b1c22e993

Aznan berkata hantaran berkenaan bukan sahaja menyinggung perasaan rakyat Johor, malah boleh mencetuskan keresahan dan ketegangan dalam masyarakat sekiranya tidak dibendung.

Sementara itu, Fahmi menerusi satu hantaran lain pagi ini menegaskan dia bersedia untuk berdepan dengan sebarang siasatan atau dakwaan.

Fahmi juga menegaskan dia sedia mempertahankan haknya untuk bersuara.

“Tak kira berapa banyak laporan polis dibuat, aku sedia untuk berdepan dengan apa-apa siasatan atau dakwaan dan sedia pertahan hak aku bersuara.

“Kita rakyat, bukan hamba. Aku tak akan tarik balik atau padamkan tweet itu. Kuasa tak perlu disembah. Kuasa wajib dipersoal,” katanya lagi.

Hantaran  yang menjadi pertikaian itu dibuat pada 15 Disember dan berbunyi”

“Apa masalah TMJ ini sebenarnya? Kenapa nampak seolah-olah dia boleh bertindak sesuka hati dan buat apa sahaja yang dia suka tanpa sebarang had, sempadan atau akauntabiliti yang jelas, tanpa batasan undang-undang?”.

hantaran itu dibuat kurang seminggu selepas sebuah syarikat yang diterajui oleh Tunku Ismail melancarkan mata wang kripto stablecoin baru, RMJDT.

Malaysiakini telah menghubungi Fahmi untuk mendapatkan maklum balasnya.

Sejak 15 Disember lalu, secara keseluruhan Fahmi telah membuat sembilan hantaran berkaitan kerabat diraja Johor.

Sementara itu, PDRM Johor dalam kenyataan ringkas memaklumkan kes berkenaan disiasat oleh pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.



Source link