Pemilik lesen memandu kompeten (CDL) tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun masih layak mendapat subsidi RON95 melalui Budi Madani RON95 (Budi95) yang akan bermula 30 September ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke, berkata lesen yang tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun masih dianggap aktif.
“Dalam takrifan lesen memandu yang sah mereka ada memperbaharui, lesen yang masih aktif. Lesen yang masih aktif juga termasuk mereka yang belum perbaharui (lesen) sehingga (tidak lebih) tiga tahun.
“Itu dianggap aktif dalam sistem kita, mana-mana lesen yang tidak diperbaharui lebih tiga tahun itu dianggap tidak aktif dan mereka tidak akan dapat subsidi RON95,” katanya pada sidang media di kementeriannya di Putrajaya, hari ini.
[Laporan penuh menyusul]