Malaysia Oversight

Lepas 70 tahun, demokrasi Malaysia masih belum matang?

By MkiniBM in August 6, 2025 – Reading time 4 minute
malaysiakini logo


KOLUM | Menjelang 31 Ogos dan 16 September 2025, kita bakal menyambut sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia masing-masing untuk kali ke-68 dan ke-62.

Namun mungkin tak ramai mengetahui tanggal 27 Julai yang lalu kita telah memasuki usia 70 tahun sejak pelaksanaan pilihan raya umum (PRU) kali pertama di negara kita. Mungkin pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan sesuatu pada tarikh penting 27 Julai setiap tahun sebagai mengenang peristiwa bersejarah.

Sebelum kita mencapai kemerdekaan, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai melibatkan Raja-Raja Melayu dan Sir Gerard Edward James Gent, bagi pihak Raja George VI. Ia berlangsung pada 1 Februari 1948 selepas Malayan Union Order in Council 1946 dimansuhkan oleh Federation of Malaya Order in Council 1948 akibat tentangan hebat daripada kaum Melayu.

Ia bukan sekadar perjanjian tetapi kandunganya menjadi rangka Perlembagan sebagai persediaan ke arah pembentukan sebuah Persekutuan yang dianggotai sembilan negeri Melayu dan dua negeri Selat.

Maka, menerusi perjanjian ini satu majlis perwakilan dibentuk – Majlis Perundangan Persekutuan yang harus dipilih oleh rakyat. Ini membawa kepada PRU pertama pada tahun 1955. Maka satu jawatankuasa dibentuk oleh British untuk melukis peta sempadan kerusi.

PRU tersebut merekodkan kemenangan besar Perikatan yang dianggotai , MCA dan apabila memenangi 51 kerusi majlis daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, sementara satu kerusi dimenangi Parti Se-Tanah Melayu ().

Menerusi kemenangan tersebut, terutamanya telah diberikan mandat untuk berunding dengan British untuk mendapatkan kemerdekaan. Ketika Perlembagaan Persekutuan ingin dibentuk melalui Constitution Commission, Reid Commission telah membentangkan beberapa perkara penting melibatkan pelaksanaan pilihan raya.

Ia termaktub dalam Perenggan 71 Report of The Federation of Malaya Constitutional Commission 1957. Antaranya, termasuklah pembentukan satu Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas serta berkuasa untuk melukis sempadan pilihan raya. Kedua, jawatan pengerusi dan anggota SPR akan terjamin hingga usia 65 tahun.

Ketiga, peratus perbezaan pengundi (deviation) antara sesuatu kawasan Parlimen adalah 15 peratus. Ia bermaksud sebagai contoh pada tahun 1959, jumlah penduduk Malaya adalah 6,702,600 dan memiliki 104 kerusi Parlimen, perbezaan jumlah undi yang dibenarkan antara Parlimen adalah antara minimum 54,781 pengundi dan maksimum 74,115 pengundi.

Syor-syor ini telah dimasukkan dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

Ketidakpuasan hati parti pemerintah

Maka, pada tahun 1960, SPR yang ketika itu dipengerusikan oleh Mustapha Albakri telah menjalankan amanah melukis sempadan pilihan raya secara bebas dan telus serta berasaskan peraturan yang ditetapkan dalam Perlembagaan. Kesannya, ia menimbulkan ketidakpuasan hati pemerintah yang menyebabkan berlaku perubahan drastik melibatkan tatacara lukisan sempadan pilihan raya.

Setahun sebelum sempadan ini dilukis, parti pemerintah gagal untuk menang selesa dalam PRU 1959 walaupun memenangi 74 dari 104 Parlimen. Ketika itu, parti pembangkang yang diwakili pimpinan Burhanuddin Al-Helmy, Parti Negara pimpinan Onn Jaafar, Barisan Sosialis pimpinan Ahmad Boestamam, Parti Progresif PPP Seenivasagam serta Parti Malaya berjaya meraih keseluruhan undi popular 48.3 peratus.

53b32b5bc4ca45048aed8f2d40e8c47f

Sebaliknya Perikatan walaupun memenangi 71.1% kerusi Dewan Rakyat, hanya berjaya memperoleh 51.7% undi popular.

Kesannya, jika sempadan pilihan raya dilukis dengan sekata dan adil tanpa kewujudan ‘malapportionment’ ia boleh menggugat kedudukan Perikatan dalam PRU seterusnya.

Lantaran pada tahun 1962 pindaan Perlembagaan Persekutuan telah dibuat. Antaranya memadam kuasa SPR untuk melukis sempadan kawasan pilihan raya dan menggantikannya dengan Jadual 13.

Dalam melukis sempadan pilihan raya, formula 15 peratus tidak lagi diguna pakai sebaliknya digantikan dengan ‘one-half principle’ atau ratio 2:1 dan kemudian pada tahun 1973, ia dimansuhkan dan digantikan dengan peruntukan dalam Jadual 13 Bahagian 1, Seksyen 2 (c) Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, kuasa SPR untuk menentukan sempadan pilihan raya telah dipadam, sebaliknya diberikan kepada Parlimen untuk membuat ketetapan. Justeru, jika Parlimen meluluskan pindaan Perlembagaan bagi menambah jumlah kerusi Parlimen, pihak SPR wajib untuk melaksanakannya. Perkara sama berlaku melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri.

Lebih menekan, apabila diwujudkan Seksyen 8 dan Seksyen 9 Jadual 13 yang menyatakan bahawa laporan berkenaan bahagian-bahagian pilihanraya yang dilukis SPR hendaklah dikemukakan kepada Perdana Menteri, dan Perdana Menteri selepas menerima laporan tersebut hendaklah sama ada dengan pindaan atau tidak, membentangkannya di Dewan Rakyat.

Ruang penambahbaikan

Pindaan Perlembagaan 1962 ini bukan semata-mata menambah kebarangkalian undi tidak sekata serta gerrymandering, tetapi telah mencabut kuasa SPR sebagai entiti yang bebas.

Maka, lukisan sempadan dengan ciri gerrymandering dan undi tak sekata menjadi senjata politik untuk membenam parti lawan. Ia mengakibatkan berlaku apa yang disebut ‘teori pendulum’ dalam politik Malaysia iaitu kekuatan dan pembangkang saling bersilih ganti setiap lima tahun ke lima tahun berikutnya kerana lukisan sempadan hanya boleh diubah selepas tempoh lapan tahun.

Namun berbeza sejak 2008 momentum kekuatan pembangkang berterusan kerana kejayaan mereka menafikan majoriti 2/3 keanggotaan Dewan Rakyat parti pemerintah yang menyebabkan pertambahan kerusi Parlimen tidak dapat dilakukan.

Selain itu, pada tahun 1984, kerajaan telah menggubal Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] sebagai jalan untuk mengawal kebebasan media terutama ketika musim pilihan raya.

Begitu juga Akta Keselamatan Negeri 1960 yang memberi kuasa mutlak kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan sesiapa saja tanpa merujuk kepada mahkamah telah digunakan secara wewenang ke atas musuh politik. Ini dapat dilihat khususnya dalam Operasi Lalang 1987 dan era Reformasi 1998.

Hari ini walau ada penambahbaikan dalam sudut tertentu seperti Undi 18 dan pendaftaran automatik, serta lebih utama pemansuhan akta drakonian ISA, sebahagian besar pindaan Perlembagaan 1962 masih wujud.

Ironinya sejak 2018 kita menyaksikan semua parti PH, , , Bersatu pernah menduduki kerajaan, namun tiada suara mahupun tindakan untuk memperbetulkan keadaan ini ketika mereka berkuasa.

Pernyataan ini membawa kepada persoalan adakah selepas 70 tahun kita berpilihan raya demokrasi kita masih belum matang hingga memerlukan campur tangan pemerintah dalam aturan pilihan raya?


MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ merupakan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Source link