Malaysia Oversight

Lenovo Smart Motion Concept Ialah Meja Komputer Dengan Gimbal Yang Bergerak Sendiri

By Amanz in September 5, 2025 – Reading time 1 minute
Lenovo Smart Motion Concept Ialah Meja Komputer Dengan Gimbal Yang Bergerak Sendiri


Lenovo Smart Motion Concept Ialah Meja Komputer Dengan Gimbal Yang Bergerak Sendiri

September 5, 2025
Lenovo

Effi Saharudin

Gimbal biasanya digunakan dengan kamera untuk memastikan video stabil dapat dirakam. Di IFA Berlin, Lenovo memperlihatkan Smart Motion Concept yang merupakan meja komputer dengan gimbal dengan ia boleh bergerak dengan sendiri.

LENOVO Smart Motion Concept A

Apabila komputer riba diletakkan di atas Smart Motion Concept, ia boleh digerakkan mengikut kedudukan pengguna. Ini dilakukan kerana Smart Motion Concept menggunakan kamera web komputer riba. Ia boleh berputar kiri dan kanan serta mendongak atas dan bawah. Selain bergerak secara automatik, ia turut dikawal menggunakan alat kawalan jauh atau cincin pintar Lenovo AI Ring yang diperlihatkan awal tahun ini.

Lenovo Project Ballet

Selain Smart Motion Concept, komputer riba ThinkBook VertiFlex juga diperlihatkan dengan skrin 14″ yang boleh diputarkan 90 darjah untuk digunakan menegak.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link