Lenovo Legion Go 2 Turut Akan Menerima Pengalaman Xbox
Effi Saharudin
Lenovo Legion Go 2 dilancarkan semalam dengan pemambahbaikan pada pemproses. Ia akan dilancarkan di beberapa pasaran bulan hadapan dengan sistem operasi Windows 11. Tetapi kini Lenovo mengesahkan pada musim bunga 2026, Legion Go 2 akan turut menerima pelancar Xbox Full Screen Experience (FSE) seperti yang diberikan kepada ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X.

Menerusi Xbox FSE, peranti akan dilancarkan terus ke mod Xbox dengan antaramuka yang sama dengan di konsol. Antaramuka turut telah dioptimumkan untuk digunakan bersama alat kawalan yang menjadi isu pada majoriti konsol PC mudah alih sejak ia mula dipasarkan tahun lalu.
Microsoft membatalkan pembangunan Xbox mudah alih kendiri dan sebaliknya memberikan pengalaman yang sama pada konsol mudah alih PC yang dikeluarkan oleh syarikat lain. Dua konsol terawal dengan Xbox FES ialah siri ROG Ally X yang akan dilancarkan di Malaysia pada 16 Oktober.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.