Malaysia Oversight

Lenovo Legion Go 2 Kini Ditawarkan Dengan SteamOS dan Harga Lebih Murah

By Amanz in January 7, 2026 – Reading time 1 minute
Lenovo Legion Go 2 Dengan Sistem Operasi SteamOS Mungkin Diperkenalkan Di CES 2026


Lenovo Legion Go 2 Kini Ditawarkan Dengan SteamOS dan Harga Lebih Murah

January 7, 2026
Lenovo

Effi Saharudin

Lenovo Legion Go 2 ialah konsol mudah alih Windows 11 yang dilancarkan September tahun lalu. Ia antara peranti kegemaran saya untuk tahun 2025 kerana menawarkan skrin yang besar serta prestasi sangat memuaskan. Hari ini Lenovo Legion Go 2 dilancarkan sekali lagi tetapi dengan sistem operasi baharu SteamOS. Ia akan dijual bermula bulan Jun depan pada harga bermula $1,199 (~RM 4863) yang lebih murah berbanding versi Windows.

Legion Go FPS Mode Front Facing transparency 1 edited

Ia masih dilengkapi spesifikasi sama iaitu skrin OLED WUXGA 8.8-inci (1920 x 1200 piksel) dengan nisbah aspek 16:10, kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 500 nits dan pensijilan VESA TrueBlack 1000. Ini dipadankan dengan cip AMD Ryzen Z2 Extreme, memori 32GB RAM LPDDR5X dan storan SSD PCIe Gen 4 sehingga 2TB.

Bateri pula sebesar 74Whr dengan sokongan pengecasan pantas Super Rapid Charge 65W. Ciri tambahan lain termasuk pembesar suara terbina 2 x 2W, sambungan Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3. Pilihan sambungan disediakan seperti USB Type-C, pembaca kad microSD dan bicu audio 3.5mm.



Source link