Malaysia Oversight

Lenovo CIO Playbook – Syarikat-Syarikat ASEAN+ Dijangka Meningkatkan Pelaburan Dalam Teknologi AI Pada Tahun Ini

By Amanz in January 15, 2026 – Reading time 3 minute
Lenovo CIO Playbook – Syarikat-Syarikat ASEAN+ Dijangka Meningkatkan Pelaburan Dalam Teknologi AI Pada Tahun Ini


Sewaktu acara Lenovo TechDay 2026 yang berlangsung pada hari ini di Singapura, Lenovo telah memperkenalkan laporan Lenovo CIO Playbook edisi keempat, iaitu laporan berkenaan pelaburan dan pelan syarikat-syarikat untuk tahun tersebut pada kaca mata eksekutif Ketua Pegawai Maklumat/IT sebuah syarikat.

image 47

Laporan ini disediakan dengan bantuan syarikat pengumpulan data industri teknologi IDC (International Data Company) yang telah menemuramah seramai 920 Ketua Pegawai Maklumat di rantau ASEAN+ (Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Hong Kong, Taiwan) di syarikat-syarikat dengan jumlah pekerja sederhana (200-999 pekerja) ke syarikat korporat gergasi (>5000 pekerja).

P 20260115 093053

Pada tahun lepas, ia dilihat bahawa teknologi AI digunakan untuk meningkatkan kecekapan bahagian IT syarikat-syarikat ini seperti dalam segmen pemprosesan data, keselamatan data syarikat dan lain-lain. Pada tahun ini, integrasi teknologi AI dijangka akan ditingkatkan kepada lebih banyak bahagian syarikat, termasuklah bahagian perkhidmatan pelanggan, pemasaran, bahagian operasi dan juga kewangan.

Melalui laporan CIO Playbook ini juga, ia dilihat bahawa [ada tahun ini, 67 peratus daripada syarikat dari ASEAN+ yang ditemubual sudahpun mula mengimplimentasi teknologi AI didalam perniagaan mereka, 15 peratus daripada mereka baru sahaja memulakan proses implimentasi, manakala 18 peratus daripada mereka masih sedang memikir jika mereka perlu menggunakannya.

P 20260115 093549

Laporan tersebut memperlihatkan bahawa 88 peratus daripada syarikat-syarikat yang sudahpun mula menggunakan teknologi AI di dalam laporan ini mengharapkan pulangan pelaburan daripada teknologi tersebut. Jangkaannya ialah pada tahun ini, mereka boleh mendapatkan pulangan $2.85 untuk setiap $1.00 yang dilaburkan kedalam teknologi tersebut.

P 20260115 093120

Jika tahun 2025 memperlihatkan pengenalan banyak teknologi AI daripada syarikat-syarikat besar seperti OpenAI, Anthropic, Google, Meta dan sebagainya seperti AI agentik, 2026 dilihat sebagai tahun dimana syarikat-syarikat di rantau ASEAN+ ini akan mula mengintegrasi teknologi AI kedalam operasi harian syarikat mereka.

Menurut laporan CIO Playbook 2026, minat syarikat-syarikat terhadap implimentasi AI agentik dijangka akan meningkat dua kali ganda pada tahun ini. 21 peratus daripada syarikat-syarikat yang ditemubual di Asia Pasifik melaporkan bahawa mereka sudahpun mengimplimentasi teknologi tersebut dalam aktiviti harian mereka.

P 20260115 094154

60 peratus syarikat yang lain mengatakan bahawa mereka sedang dalam proses penerokaan penggunaan agentik AI, dan ini termasuklah syarikat-syarikat dalam sektor telekomunikasi, kesihatan dan juga pihak , yang mana mereka adalah antara sektor-sektor yang mempunyai operasi yang cukup rumit sekali.

image 46

Minat yang tinggi dalam menggunakan teknologi agentik AI ini tidak semestinya syarikat-syarikat sudah bersedia untuk menggunakannya. Daripada syarikat-syarikat yang ditanya, 41 peratus daripada mereka mengatakan bahawa mereka memerlukan sekurang-kurangnya 12 bulan untuk bersiap-siaga.

Diantara cabaran yang sering diperkatakan termasuklah keselamatan dan tadbir urus data, kualiti data yang digunakan dan juga kerumitan dalam memperkenalkan teknologi baru ini dalam sistem sedia ada.

P 20260115 092558

Bercakap mengenai keselamatan data, 81 peratus daripada syarikat-syarikat di ASEAN+ mengatakan bahawa jika mereka mahu mengimplimentasi teknologi AI, mereka lebih selesa menggunakan infrastruktur AI hibrid, menggabungkan teknologi awanan dengan infrastruktur yang menyimpan data penting didalam premis mereka sendiri.

Ini adalah untuk keseimbangan prestasi, keselamatan dan juga kemudahan kawal-selia data syarikat dan pelanggan. Penyimpanan data dalam premis juga mempercepatkan akses kepada data oleh para pekerja syarikat dan juga mengurangkan kos penyelenggaraan mesin pelayan dan pusat data dan membolehkan syarikat untuk mengurus kemampuan inferens dan beban kerka kritikal yang perlu dilakukan oleh sistem AI ini dengan lebih mudah.

P 20260115 095647

Untuk ini, Lenovo juga telah memperkenalkan produk-produk mesin pelayan khusus untuk kegunaan AI sewaktu acara Lenovo Tech World pada minggu lepas. Ini termasuklah Lenovo ThinkSystem SR675i untuk digunakan bersama-sama model bahasaraya penuh dengan penskalaan bersaiz besar, Lenovo ThinkSystem SR650i untuk kuasa perkomputeran berkuasa yang boleh diskala dengan mudah, dan Lenovo ThinkEdge SE455i untuk kemampuan inferens dalam premis yang boleh dipasang dengan cepat dan mudah.



Source link