Malaysia Oversight

Lelaki maut jatuh bangunan ketika ambil bola pickleball

By MkiniBM in December 3, 2025 – Reading time 1 minute
Lelaki maut jatuh bangunan ketika ambil bola pickleball


Seorang lelaki berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan tingkat tiga ketika mahu mengambil bola pickleball dalam kejadian di Pudu, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 9.43 malam semalam berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, mangsa memanjat pagar sebelah gelanggang untuk mengambil bola semasa kejadian tersebut.

“Mangsa (si mati) sebelum kejadian bermain pickleball di tingkat tiga dan telah memanjat pagar sebelah gelanggang untuk mengambil bola lalu terjatuh ke tingkat bawah.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Source link