Malaysia Oversight

Lelaki maut ditikam berebut kawasan minta sendekah

By MkiniBM in April 25, 2025 – Reading time 1 minute
Lelaki maut ditikam berebut kawasan minta sendekah


Seorang lelaki ditikam dipercayai akibat perebutan tempat meminta sedekah dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Seksyen 18, di Shah Alami tengah hari semalam..

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata siasatan awal mendapati mangsa berusia 40 tahun yang merupakan peminta sedekah di kawasan berkenaan telah bertengkar dengan suspek lelaki yang juga peminta sedekah, disyaki bagi merebut kawasan untuk melakukan aktiviti terbabit.

“Suspek bertindak mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam di bahagian dada mangsa beberapa kali sehingga mangsa jatuh terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, pihaknya menahan suspek berusia 28 tahun itu kira-kira 12.30 tengah hari, dan semakan lanjut mendapati lelaki itu memiliki sembilan rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Shah Alam, pagi esok,” katanya.

Mohd Iqbal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Muhammad Abd Hafiz Sariee menerusi talian 014-8905051 bagi membantu siasatan.

– Bernama



Source link