Malaysia Oversight

Lelaki maut ditembak, rakan bawa ke balai

By MkiniBM in April 26, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Seorang lelaki berusia 34 tahun dipercayai terkena tembakan semasa berada di dalam sebuah kereta di Jalan Stephen Yong, di Kuching pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata pada kira-kira 5.30 pagi, dua lelaki telah hadir ke Balai Polis Batu Kawa di Kuching untuk memaklumkan seorang rakan mereka telah ditembak dan berada di dalam kereta yang dinaiki mereka.

“Dua lelaki terbabit telah membawa rakan mereka (mangsa yang ditembak) ke balai dan pegawai perubatan telah mengesahkan kematian mangsa yang merupakan penumpang semasa kejadian tembakan itu berlaku.

“Terdapat kesan tembakan pada kepala mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di Kuching hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan orang awam yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Sylvarius melalui talian 013-863 7241.

Bernama



Source link