Leica Q3 Monochrom Dengan Sensor 60MP Dilancarkan Pada Harga RM34,990
Effi Saharudin
Kamera Leica Q3 Monochrom dilancarkan semalam dengan ia memegang status sebagai kamera digital monokrom paling mahal di pasaran. Ia dilengkapi sensor bingkai penuh 60MP BSI CMOS monokrom tang menyokong ISO sehingga 200,000. Ini adalah penambahbaikan berbanding Q2 Monochrom yang dilancarkan pada tahun 2020 dengan sensor 47MP. Lensa kamera pula ialah Summilux 28mm f/1.7 ASPH.

Gambar boleh diambil pada tetapan 60MP, 36MP atau 18MP pada kadar sehingga 15 FPS. Sementara itu rakaman video pula ialah 8K 30p atau 4K 60p dengan sokongan Apple ProRes 422. Kamera ini ialah yang pertama dalam siri Q yang menyokong sistem Content Authenticity Initiative (CAI) yang memastikan kesahihan imej yang ditangkap boleh disahkan.

Sebuah viewfinder OLED 5.76 juta titik OLED dipadankan dengan skrin 3″ LCD yang boleh dilaras. Sementara itu tubuh kamera melepasi piawaian kalis air serta debu IP52. Di Malaysia Leica Q3 Monochrom dijual pada hara RM34,990 yang jauh lebih mahal berbanding Q2 Monochrom yang dijual pada harga RM26,850 sebelum ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





