Malaysia Oversight

Leica M EV1 Dilancarkan – Siri Leica M Pertama Dengan EVF Pada Harga RM41,850

By Amanz in October 23, 2025 – Reading time 2 minute
Leica M EV1 Dilancarkan – Siri Leica M Pertama Dengan EVF Pada Harga RM41,850


Jenama kamera mewah Leica melancarkan kamera terbaru mereka dibawah siri M iaitu Leica M EV1. Dengan perkenalan Leica M EV1 ini, Leica telah menggabungkan kelebihan teknologi EVF (Electronic Viewfinder) bersama nilai tradisi dan reka bentuk ikonik yang ada pada siri M.

M EV15

Leica M EV1 direka untuk memberikan pengalaman penggambaran yang lebih mudah, selesa dan tepat tanpa mengira tahap ketajaman penglihatan pengguna. Dari segi luaran, Leica M EV1 masih lagi mempunyai rekaan ikonik siri M yang lain dengan menggunakan kulit dengan corak diamond pada bahagian tubuh kamera. Selain itu, ia turut mempunyai tuas FN yang boleh ditetapkan fungsinya pada bahagian hadapan kamera.

M EV1 1
M EV1 2

Model ini menggunakan sensor Full-Frame BSI-CMOS yang sama seperti pada Leica M11, lengkap dengan Triple Resolution Technology yang membolehkan pengguna memilih resolusi rakaman 60, 36 atau 18 megapiksel dalam format DNG atau JPEG. Kini pengguna Leica M EV1 boleh menikmati pratonton imej sebenar seperti apa yang dilihat melalui penggunaan EVF resolusi tinggi 5.76 megapiksel.

M EV1 3

Dari segi cip pemproses, ia menggunakan cip Maestro III bagi memastikan pemprosesan imej yang pantas dan juga tepat. Di samping itu, ia turut mempunyai storan dalaman sebesar 64GB dan mempunyai slot kad SD untuk storan tambahan. Tambahan lagi, Leica M EV1 ini juga disertakan teknologi Content Credentials yang merupakan ciri penting untuk jurugambar bagi memastikan keaslian gambar yang diambil melalui tandatangan digital.

M EV1 4

Leica M EV1 akan mula dijual di seluruh dunia termasuk Malaysia bermula 23 Oktober 2025, dengan harga  RM 41,850. Ia boleh didapati di Leica StoreLeica Online Store, serta pengedar sah Leica seluruh negara.



Source link