Malaysia Oversight

‘Lebih baik pembangkang meningkatkan ekonomi negeri diperintah’

By Utusan in May 3, 2025 – Reading time 2 minute
‘Lebih baik pembangkang meningkatkan ekonomi negeri diperintah’


PETALING JAYA: Pembangkang digesa meningkatkan ekonomi negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka daripada mengapi-apikan sentimen bahawa bahawa Persekutuan menganaktirikan mereka.

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, taktik berkempen Perikatan Nasional (PN) yang menuduh Persekutuan menganaktirikan mereka sememangnya berkesan.

“Kononnya kutip cukai dari rakyat negeri-negeri yang ditadbir, contohnya tetapi tidak dikembalikan sebagai peruntukan untuk pembangunan.

“Teruknya Persekutuan sehinggakan Ahli Parlimen Pasir Putih (Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh) mencabar agar dibenarkan kutip sendiri cukai yang kini dibayar kepada kerajaan Persekutuan.

“Agak-agak, kalau kutip cukai sendiri seperti yang diapi-apikan oleh , adakah masalah pembangunan di Kelantan selesai?,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Rafizi yang juga Timbalan Presiden berkata, cukai-cukai yang dikutip kerajaan Persekutuan merupakan cukai perniagaan dan pendapatan individu atau cukai jualan yang berkait dengan kerancakan perniagaan.

“Jika kerajaan negeri Kelantan tidak berjaya mewujudkan suasana perniagaan yang mesra pelaburan, seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan yang baik dan bergaji tinggi, belum tentu kerajaan Kelantan dapat membawa kesejahteraan kepada rakyat.

“Kalau pun mereka mengutip sendiri cukai-cukai di bawah bidang kuasa Persekutuan, kerana cukai-cukai itu mungkin tidak mencukupi untuk menanggung keseluruhan belanja pembangunan di Kelantan yang kini ditampung oleh kerajaan Persekutuan.

“Sebab itu, lebih baik kita bersaing dengan kepakaran kita merancakkan ekonomi, bukannya bermain sentimen dengan mengapi-apikan konon kerajaan Persekutuan memangsakan negeri-negeri pembangkang,” katanya. – UTUSAN

 

 





Source link