LONDON: Lebih 100,000 penunjuk perasaan menyertai satu perhimpunan anti imigresen yang dianjurkan oleh aktivis berhaluan kanan pada Sabtu di pusat bandar London.
Perhimpunan “Unite the Kingdom” itu dianjurkan aktivis Stephen Yaxley-Lennon, yang lebih dikenali sebagai Tommy Robinson, mencetuskan pertembungan ganas antara penunjuk perasaan dengan pihak polis.
Beberapa tangkapan turut dilakukan di lokasi kejadian.
Menurut media tempatan, perhimpunan ini berkemungkinan merupakan yang terbesar dianjurkan oleh kumpulan sayap kanan di Britain sejak beberapa dekad lalu.
Kerajaan Britain kini berdepan tekanan hebat terhadap usaha menangani isu imigresen tidak teratur.
Lebih 1,000 pendatang dikesan menyeberangi Selat Inggeris dengan menaiki bot kecil hujung minggu lalu, menjadikan jumlah keseluruhan tahun ini melebihi 30,000 orang – BERNAMA-XINHUA