Malaysia Oversight

Lebih 100,000 sertai himpunan anti-imigresen di UK, Musk kata ‘lawan atau mati’

By MkiniBM in September 14, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Lebih 100,000 menyertai perhimpunan anti-imigresen yang dinamakan “Unite the Kingdom” di pusat bandar London, anjuran aktivis sayap kanan Stephen Yaxley-Lennon, atau lebih dikenali sebagai Tommy Robinson.

Bernama melaporkan perhimpunan itu menyaksikan kehadiran polis dalam jumlah besar dan pertempuran antara penunjuk perasaan serta antara penunjuk perasaan dengan polis, dengan beberapa tangkapan dibuat di lokasi.

Media tempatan menggambarkan acara itu mungkin perhimpunan sayap kanan terbesar di Britain sejak beberapa dekad.

Demonstrasi itu berlangsung ketika Britain berdepan tekanan semakin hebat berhubung cara mereka menangani isu migran.

Lebih 1,000 migran menyeberangi Selat Inggeris dengan bot kecil hujung minggu lalu, menjadikan jumlah keseluruhan tahun ini melebihi 30,000 orang.

Pemilik X, Elon Musk, turut berucap kepada orang ramai melalui pautan video dan menyeru supaya Parlimen dibubarkan serta baru dibentuk di UK.

Menurut akhbar Guardian, dia mengkritik apa yang disebutnya sebagai “woke mind virus” dan memberi amaran bahawa “keganasan sedang menghampiri,” sambil menggesa orang ramai bertindak.

“Saya benar-benar fikir sudah tiba masanya untuk berlaku perubahan di Britain. Kita tidak boleh – kita tidak boelh tunggu empat tahun lagi, atau bila pun pilihan raya akan datang, itu terlalu lama.

“Sesuatu mesti dilakukan. Parlimen mesti dibubarkan dan undi baru diadakan,” katanya.

Akal budi rakyat British

Musk turut merayu kepada “akal budi rakyat British,” dengan meminta orang ramai memikirkan masa depan sekiranya keadaan sekarang berterusan.

3c30644f982f0d9885282e9d17713b99

“Rayuan saya adalah kepada akal budi rakyat British, iaitu untuk melihat sekeliling dengan teliti dan berkata: ‘Jika ini berterusan, dalam dunia bagaimana anda akan hidup?’

“Inilah mesej saya kepada golongan sederhana yang biasanya tidak mahu terlibat dalam politik, hanya mahu hidup tenang dan urus hal sendiri.”

“Mesej saya kepada mereka ialah: jika keadaan ini berterusan, keganasan akan datang kepada anda, anda tidak akan ada pilihan. Anda kini berada dalam keadaan asas yang mendesak.

“Sama ada anda memilih keganasan atau tidak, keganasan tetap akan datang kepada anda. Sama ada anda melawan atau anda mati, itu hakikatnya,” tambah Musk.

Musk juga menuduh “golongan kiri” sebagai ganas dan merujuk kepada kematian Charlie Kirk, aktivis politik pro-Donald yang ditembak mati di Amerika Syarikat.

“Terlalu banyak keganasan daripada pihak kiri, dengan kawan kita Charlie Kirk dibunuh secara kejam minggu ini dan golongan kiri meraikannya secara terbuka. Kiri adalah parti pembunuhan dan meraikan pembunuhan. Fikirkan sejenak, itulah pihak yang kita hadapi sekarang,” katanya lagi.



Source link