Malaysia Oversight

Lebih 100,000 banjiri Dataran Putrajaya rai Hari Kebangsaan 2025

By TheSun in August 31, 2025 – Reading time 1 minute
Lebih 100,000 banjiri Dataran Putrajaya rai Hari Kebangsaan 2025


: Lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh meriah dan lancar.

Menteri Komunikasi Datuk Fadzil berkata sambutan itu turut dijayakan oleh 14,062 peserta yang mengambil bahagian dalam perarakan dan perbarisan.

“Alhamdulillah saya dimaklumkan jumlah kehadiran berdasarkan data yang kita peroleh daripada pihak Perbadanan (PPj) adalah lebih daripada 100,000 yang hadir,” katanya kepada pemberita selepas sambutan itu yang bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mencemar duli menghadiri sambutan itu.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim bersama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Barisan anggota Kabinet dan perwakilan asing turut memeriahkan majlis bersejarah tersebut.

berkata persembahan pada Hari Kebangsaan kali ini turut mendapat pujian daripada Perdana Menteri.

Persembahan grafik manusia daripada 2,000 pelajar sekolah disifatkan sebagai persembahan terbaik dalam sejarah sambutan Hari Kebangsaan. – Bernama



Source link