Malaysia Oversight

Lazada Akan Naikkan Caj Komisen Terhadap Penjual Berkuat-kuasa 18 Julai 2025

By Amanz in July 4, 2025 – Reading time 1 minute
Lazada Akan Naikkan Caj Komisen Terhadap Penjual Berkuat-kuasa 18 Julai 2025


Niaga

Lazada Akan Naikkan Caj Komisen Terhadap Penjual Berkuat-kuasa 18 Julai 2025

July 3, 2025

Aman

Lazada kini memaklumkan para penjual di platform mereka, dimana mereka melakukan penyeragaman semula caj komisen, dan akan melakukan sedikit peningkatan berkuat-kuasa 18 Julai 2025.

Caj komisen ini akan berbeza mengikut kategori. Barangan digital akan dikenakan caj komsien 21.5%, sementara barangan FMCG sehingga 16%, dan fesyen sehingga 15%. Barangan elektronik pula akan dikenakan caj sehingga 14.5%.

Lazada Komisen 18 Julai

Lazada mengatakan dengan peningkatan ini, semua penjual juga akan menerima beberapa faedah yang ditawarkan di platform tersebut, termasuk penyertaan dalam program baucar percuma, sokongan penghantaran percuma, penyertaan dalam program LazCoins, dan sejumlah ciri AI yang lain untuk penjual. Lazada turut mengatakan mereka tidak akan mengenakan yuran sokongan platform seperti pesaing mereka.

Caj komisen ini akan dikenakan terhadap barangan yang berjaya dijual dan dihantar kepada pembeli sahaja. Lazada akan turut mengecualikan caj ini untuk penjual baharu bagi 120 hari pertama di Lazada. Seperti caj lain, caj komisen ini juga tertakluk kepada caj SST sebanyak 8%.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link