Malaysia Oversight

‘Lawatan PM ke Afrika guna pesawat sewaan khas bagi jimat kos, masa’

By MkiniBM in November 17, 2025 – Reading time 1 minute
‘Lawatan PM ke Afrika guna pesawat sewaan khas bagi jimat kos, masa’


Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim ke tiga negara di benua Afrika bermula esok, akan menggunakan pesawat sewaan khas Malaysia Airlines bagi menjimatkan masa dan kos.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata keputusan itu dibuat, kerana delegasi rasmi dan rombongan perniagaan yang menyertai misi berkenaan mempunyai jadual padat sepanjang lawatan rasmi ke Ethiopia dan Kenya serta lawatan kerja ke Afrika Selatan dari 18 hingga 24 Nov, tanpa ruang transit.

90442cc01c7a056772721e790dafee56

Beliau menjelaskan bahawa penggunaan pesawat sewaan khas turut membolehkan kapasiti yang lebih besar bagi membawa delegasi tambahan dalam lawatan ketiga-tiga negara tersebut.

“Kalau kita menggunakan penerbangan eksekutif , perjalanan mengambil masa 13 jam dan kapasiti pesawat itu juga terhad.

“Dengan pesawat sewaan khas, masa perjalanan dapat dikurangkan dan kosnya juga terkawal. Kos menyewa pesawat khas ini juga lebih ekonomik berbanding operasi penuh pesawat ,” katanya pada sesi taklimat bersama media di Pejabat Perdana Menteri di hari ini.

– Bernama



Source link